Bulan lalu, pengguna Epic Games Store di India telah menemui satu glitch yang boleh dikatakan amat menguntungkan kepada mereka.
Dalam tempoh kira-kira 15 minit, FIFA 23 Ultimate Edition boleh dibeli dengan harga hanya 4.8 Rupee India (~RM0.30). Beberapa pemain telah berkongsikan pembelian itu di Reddit, sambil mengesahkan yang ia sememangnya adalah game penuh, dan bukan apa-apa DLC.
Beberapa minggu selepes pembelian itu, EA telah menghubungi pemain-pemain ini melalui emel, memberitahu bahawa mereka dibenarkan memiliki game tersebut tanpa sebarang caj tambahan. Kira ‘halal’-lah.
Dalam emel itu, EA dengan berseloroh mengatakan mereka telah “menjaringkan gol sendiri” dengan kesilapan meletakkan harga yang terlalu murah.
FIFA 23 akan dilancarkan untuk PC, PS5, PS4, Xbox Series dan Xbox One pada 30 September 2022.
Comments
Loading…