in

EA Dilaporkan Sedang Bangunkan Game Single-Player Untuk Black Panther

EA dilaporkan sedang membangunkan sebuah game Black Panther.

Game tersebut dikatakan merupakan sebuah game single-player open-world yang berada dalam fasa pembangunan awal oleh satu studio bawah EA di Seattle, Amerika Syarikat yang baru sahaja ditubuhkan.

Laporan ini hadir dari wartawan tersohor, Jeff Grubb ketika bercakap dalam satu rancangan di Giant Bomb.

Latar belakang yang didedahkan Grubb adalah game itu dikhabarkan bermula ketika Black Panther sudah pun mati, dan pemain akan menjadi seorang Black Panther yang baharu. Projek ini juga dilaporkan dipanggil sebagai ‘Project Rainier’.

Grubb menambah yang lebih banyak game single-player seperti ini telah diluluskan oleh EA atas sebab kejayaan yang berjaya dicapai oleh Star Wars Jedi: Fallen Order.

Beliau turut mengatakan yang selain EA dan Sony, banyak lagi game Marvel yang sedang berada dalam fasa pembangunan awal di syarikat-syarikat lain.

Sama ada laporan ini sahih ataupun tidak, hanya masa yang akan menentukan.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Selepas 3 Tahun Bersama PES, Juventus Kembali Eksklusif Dalam FIFA 23

Game Bulanan PlayStation Plus Ogos 2022 – Yakuza, Tony Hawk, Little Nightmares, Unrailed