in , , , , ,

EA Dilaporkan Mempunyai Pelan Kontingensi Jika Jualan Pelancaran Battlefield V Teruk

Mayday! Mayday!

Sebagai peminat tegar siri Battlefield, walaupun masih belum mencuba Battlefield V, penulis percaya yang game ini dari segi kandungan dan gameplaynya akan lebih baik berbanding Battlefield 1. Namun, penulis juga percaya bahawa jualan BFV tidak akan sebaik apa yang telah dicapai BF1.

Hal ini sedikit sebanyak dipengaruhi oleh apa yang terjadi kepada BF1 itu sendiri. BF1 memiliki hype yang cukup tinggi, promosi yang cukup mantap, dan hasil jualannya cukup memberangsangkan. Walau bagaimanapun, ia tidak mencapai apa yang para peminat tegar benar-benar mahukan disebabkan gameplay yang berubah menjadi lebih kasual, serta model perniagaan yang masih menggunakan DLC berbayar, iaitu Premium Pass.

Terbaru, menurut laporan VentureBeat, EA mempunyai pelan kontingensi sekiranya apa yang mereka takuti selama ini berlaku, iaitu jualan BFV semasa pelancaran tidak berjalan dengan baik.

EA dikhabarkan akan memberikan sokongan pasca pelancaran ekstensif, dan mode battle royale yang menjadi antara fokus dalam BFV kini adalah salah satu daripada pelan kontingensi tersebut.

Apa yang lebih menarik ialah laporan tersebut turut menyatakan tentang “suatu kejutan besar untuk para peminat lama Battlefield” yang mana EA bakal mengeluarkannya dalam bentuk percuma bagi menambat semula hati para pemainnya.

Kejutan ini masih lagi tidak diketahui, tetapi komuniti Battlefield percaya bahawa ia benar-benar sesuatu kejutan yang “besar”.

Battlefield V akan dilancarkan sepenuhnya di PC, PS4 dan Xbox One pada 19 Oktober ini.

JomBaca: Tarikh Open Beta Battlefield V Diumumkan – 2 Game Mode, 2 Map Dan Tides of War!

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Zaman Kejatuhan Fortnite Sudah Bermula, Pendapatan Fortnite Dilaporkan Perlahan Pada Julai 2018

Campaign The Division 2 Akan Menjadi Lebih Lama Daripada Game Yang Pertama