Semalam kita telah menyaksikan EA berkongsi perkembangan terbaharu untuk beberapa game mereka.
Antara yang diumumkan adalah pembatalan pembangunan Apex Legends Mobile dan Battlefield Mobile, serta penundaan tarikh pelancaran Star Wars Jedi: Survivor.
Walau bagaimanapun, menurut laporan terbaharu, terdapat satu game rahsia yang belum pernah diumumkan oleh EA, tapi nampaknya mereka telah membatalkan pembikinan game tersebut.
Menurut Bloomberg, EA juga telah membatalkan pembangunan sebuah game single-player dari universe Titanfall/Apex Legends. Seperti yang kita tahu, kedua-dua Titanfall dan Apex Legends menggunakan universe sama.
Tidak banyak info lanjut yang kita tahu tentang projek tersebut yang menggunakan nama kod Titanfall Legends (TFL) itu. Game tersebut dikatakan pernah diarahkan oleh Mohammad Alavi sebelum beliau meninggalkan syarikat tersebut pada 2022.
Menurut Bloomberg lagi, kira-kira 50 pembangun yang terlibat dalam projek itu akan dipindahkan ke posisi lain dalam syarikat mengikut kesesuaian. Sekiranya tiada yang sesuai, EA terpaksa memberhentikan mereka.
Buat masa ini, tiada sebarang kenyataan rasmi daripada EA.
Comments
Loading…