in , , , ,

EA dan FIFA 19 Dibawah Penyiasatan Suruhanjaya Gaming Belgium Kerana Unsur Judi!

Pertuduhan daripada suruhanjaya tersebut yang mendakwa game ini haram kerana unsur judi – disangkal oleh EA!

Suruhanjaya Gaming Belgium dilaporkan sedang menyiasat EA di atas keengganan mereka membuang sistem loot box daripada FIFA 18 dan FIFA 19 yang akan datang ini.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Suruhanjaya Gaming Belgium sedang melihat untuk membuang sistem lootbox daripada video game yang dilihat sebagai satu betuk perjudian yang menguntungkan EA.

Bagi yang kurang mengetahui, sistem loot box ini menggalakkan pembelian dalam game bagi mendapatkan item-item in-game secara rawak/random/cuba nasib. Dalam kes ini, pembelian pemain di dalam mode Ultimate Team FIFA menggunakan duit sebenar dilihat menjadikan game ini suatu kegiatan tikam/judi yang menggalakkan pemain terutamanya kanak-kanak untuk membelanjakan duit yang banyak dan seterusnya menjurus kepada ketagihan!

Berikutan isu ini, Blizzard telah membuang elemen lootbox daripada game mereka iaitu Overwatch dan Heroes of the Storm. EA pula masih belum melaksanakan perkara yang sama bagi game mereka FIFA 18 dan juga bagi FIFA 19 yang akan datang.

Menurut laporan Niewusblad, EA kini disiasat oleh pejabat pendakwaraya Brussel setelah menerima lapoan daripada Suruhanjaya Gaming Belgium berkenaan keengganan EA untuk membuang sistem lootbox daripada game-game mereka. Maka bermulalah babak mahkamah di antara EA dan pihak berkuasa Belgium.

Apa pendapat korang? Patutkah EA membuang terus elemen lootbox daripada game mereka? Adakah lootbox itu satu bentuk perjudian? Suarakan di Facebook dan Twitter kitorang.

Written by Alvin

Video games. Board games. Game of Thrones. Ang banyak meluangkan masa dengan sentiasa bermain - IRL dan online! Kalau tidak, beliau menghabiskan masa sebagai ghost-writer bagi syarikat-syarikat penerbitan.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Masukkan Patch Jersi Dan Logo Ke Dalam PES 2019 Di PS4 – Ini 8 Langkah Mudah!

Red Dead Redemption 2 Leak – Dedahkan Mode Battle Royale, RDR2 Online, Gameplay First-Person!