in ,

EA dan BioWare Bikin Anthem Boleh Dimainkan Secara Multiplayer Ataupun Single-Player!

Aik, bukan EA kata game single player dah tak diminati gamers ke?

Anthem game yang dibangunkan oleh BioWare dan akan diterbitkan EA dilihat sebagai pesaing game Destiny – di mana aspek multiplayer akan menjadi pemacu utama game tersebut. Bagaimanapun, di dalam satu post blog, bos BioWare Casey Hudson berkata, “jalan cerita Anthem direka sebagai satu pengembaraan bersama rakan-rakan.”

Ini sememangnya selari dengan hasrat EA untuk menekankan aspek multiplayer dalam game-game mereka. Namun timbul isu bagaimana penceritaan Anthem akan terkesan sekiranya gamers ingin memainkan game tersebut secara solo?

Hudson berkata, “Mereka akan menyusun struktur game Anthem nanti untuk membolehkan aspek single-player dan multiplayer boleh dimainkan secara selari.” Bagaimanapun, beliau tidak pula menyatakan bagaimana ini akan dilakukan kelak.

Berita dan maklumat lanjut bagi Anthem akan dikongsikan oleh BioWare sebelum E3 2018 di acara EA Play. Masih banyak tidak diketahui mengenai Anthem selain ianya telah ditunda ke Mac 2019 mengakibatkan saham EA jatuh.

Written by Alvin

Video games. Board games. Game of Thrones. Ang banyak meluangkan masa dengan sentiasa bermain - IRL dan online! Kalau tidak, beliau menghabiskan masa sebagai ghost-writer bagi syarikat-syarikat penerbitan.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Nintendo Switch Akhirnya Ada Game Monster Hunter – Monster Hunter Generations Ultimate!

Loot Box Dalam Video Game Seperti FIFA 18 Ultimate Team Bukan Judi – Kata CEO EA