Minggu lalu, dunia bola sepak telah digemparkan dengan satu pertuduhan rogol yang dihadapi oleh Cristiano Ronaldo. Pertuduhan tersebut dibangkitkan oleh Kathryn Mayorga yang mengatakan bahawa kejadian itu berlaku pada tahun 2009.
Walaupun kejadian itu berlaku kira-kira 9 tahun lalu, ia timbul semula apabila Mayorga telah mendedahkannya secara umum dalam sebuah majalah Jerman, Der Spiegel pada minggu lalu. Maka, polis Las Vegas telah mengesahkan yang mereka telah membuka semula kes tersebut selepas Mayorga melakukan pendedahan tersebut.
Ronaldo walau bagaimanapun telah menafikan sekeras-kerasnya pertuduhan tersebut dengan menyatakan bahawa ia adalah “berita palsu”. Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh bintang Juventus itu di Twitter, “rogol adalah satu jenayah keji yang bertentangan dengan apa yang ada pada saya dan apa yang saya percaya.”
I firmly deny the accusations being issued against me. Rape is an abominable crime that goes against everything that I am and believe in. Keen as I may be to clear my name, I refuse to feed the media spectacle created by people seeking to promote themselves at my expense.
— Cristiano Ronaldo (@Cristiano) October 3, 2018
Majikannya kini, Juventus turut telah mengeluarkan kenyataan dengan mempertahankan Ronaldo. “Ronaldo telah menunjukkan dalam beberapa bulan ini profesionalisme dan dedikasinya yang hebat, yang mana ia dihargai oleh semua pihak di Juventus,” kata laman Twitter Juventus.
.@Cristiano Ronaldo has shown in recent months his great professionalism and dedication, which is appreciated by everyone at Juventus. 1/1
— JuventusFC (@juventusfcen) October 4, 2018
The events allegedly dating back to almost 10 years ago do not change this opinion, which is shared by anyone who has come into contact with this great champion. 2/2
— JuventusFC (@juventusfcen) October 4, 2018
Sebagai pengeluar game FIFA, yang mana Ronaldo kini menjadi bintang muka hadapan untuk dua tahun berturut-turut, EA semestinya sedang memerhati pertuduhan ini. “Kami telah melihat laporan kebimbangan yang memperincikan tuduhan terhadap Cristiano Ronaldo,” kata EA dalam satu kenyataan yang diberikan kepada Eurogamer. “Kami sedang memerhatikan dengan rapat situasi ini, dan kami mahukan atlet muka hadapan dan duta untuk membawa diri mereka dalam keadaan yang konsisten dengan nilai-nilai EA.”
Apa yang dapat kita lihat sekarang, EA sudah mula membuang gambar-gambar Ronaldo daripada akaun-akaun media sosial EA Sports FIFA. Tiada lagi kelihatan wajah Ronaldo di mana-mana, dan telah memuatnaik gambar-gambar yang bersifat umum. Walau bagaimanapun, EA menjelaskan yang ia adalah pertukaran yang bertujuan untuk pemasaran semata-mata.

Comments
Loading…