Demam game bergenre first-person shooter sedang melanda. Mampukah francais Titanfall bertahan?

titanfall-2

Bulan Oktober dan November 2016 merupakan waktu yang sangat sibuk bagi gamers yang meminati genre first-person shooter (FPS). Kembalinya siri Battlefield ke era Perang Dunia Pertama, sekuel kepada siri Titanfall dan francais Call of Duty yang kini membawa pertempuran ke angkasa – semuanya boleh membuatkan para peminat pening kepala untuk memilih mana satu yang perlu didapatkan.

Di sebalik demam ini, ramai peminat yang mengkritik keputusan Electronic Arts (EA) yang melancarkan Titanfall 2 ditengah-tengah di antara dua francais game FPS paling popular, Battlefield 1 dan Call of Duty: Infinite Warfare. Apatah lagi ia dibuktikan dengan jualan Titanfall 2 baru-baru ini yang dikatakan kurang memberangsangkan.

Oleh itu, terbaru, EA kini tampil menjelaskan apakah rasional mereka di sebalik keputusan tarikh pelancaran Titanfall 2 ini. Melalui CEO mereka, Andrew Wilson berkata walaupun Battlefield 1 dan Titanfall 2 memiliki sedikit persamaan, namun, kedua-dua game ini memenuhi motivasi berbeza dalam apa yang para pemain cari.

titanfall-2

“Kami merasakan terdapat 3 jenis pemain,” kata Wilson. “Mereka yang gemarkan Battlefield dan gameplay strategik yang akan membawa mereka ke arah itu; pemain yang sukakan kepantasan, gameplay kinetik dari Titanfall 2 yang akan membawa mereka ke arah itu; dan pemain yang ingin memainkan dua game shooter terbaik tahun ini dan akan membeli kedua-duanya.”

Wilson juga mengatakan bahawa perancangan mereka untuk memberikan segala DLC dan game mode secara percuma pada masa akan datang bagi Titanfall 2 telah menerima reaksi yang positif dari para peminat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.