in , , ,

EA Batalkan Pembangunan Apex Legends Mobile, Battlefield Mobile

EA secara mengejutnya telah mengumumkan pembatalan pembangunan untuk dua game mobile dari dua francais yang besar.

Dalam satu pengumuman, EA telah mengumumkan pembatalan pembangunan Apex Legends Mobile dan Battlefield Mobile.

“Walaupun Apex Mobile memiliki pembukaan yang kukuh, pengalaman yang sedang berjalan nampaknya tidak berjaya mencapai kehendak para pemain kami,” kata EA.

Bermula serta-merta, EA telah memadamkan sebarang pembelian dalam Apex Legends Mobile menggunakan wang sebenar, dan game itu telah dibuang dari webstore — bermakna kalau ada yang baru nak download, tidak akan jumpa di store.

Walau bagaimanapun, server dan game itu masih boleh dimainkan sehingga 1 Mei 2023. Para pemain yang sudah membeli Syndicate Gold (matawang dalam game) sebelum ini juga dibenarkan untuk membelanjakannya sehingga tarikh tersebut.

Namun, harus diingat, pembelian yang dilakukan sebelum ini tidak boleh dikembalikan wangnya, atau tidak boleh refund.

Selain Apex Legends Mobile, EA turut menghentikan pembangunan Battlefield Mobile.

“Dengan industri sudah berevolusi dan strategi kami untuk membina ekosistem Battlefield yang berhubung dengan mendalam telah berubah, kami memutuskan untuk berpaling semula daripada arah sedia ada bagi menyampaikan visi terbaik kami untuk francais ini dan memenuhi kehendak para pemain kami,” kata EA.

Lebih menarik, selain menegaskan tentang sokongan mereka terhadap Battlefield 2042, mereka turut menyebutkan bahawa mereka “sedang dalam pra-produksi untuk pengalaman-pengalaman Battlefield akan datang di studio-studio kami di seluruh dunia”.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Oddballers: Boleh Beli or Boleh Blah!?

Star Wars Jedi: Survivor Ditunda 6 Minggu, Kini Akan Dilancarkan Pada April