Menu
in

EA Ambil-Alih Glu Mobile Dengan Nilai Antara Tertinggi Dalam Sejarah Gaming

Electronic Arts telah mengumumkan yang syarikat gergasi gaming itu bakal mengambil-alih sebuah studio mobile, Glu Mobile dengan nilai yang cukup tinggi iaitu USD2.1 billion (sekitar RM8.52 billion).

Antara game yang pernah dibangunkan Glu Mobile ialah Diner Dash, Disney Sorceror’s Arena, WWE Universe, TapSports Baseball ‘20, Kim Kardashian Hollywood, Deer Hunter, dan banyak lagi.

EA menyatakan yang faktor utama mereka mengambil-alih studio ini adalah untuk mengembangkan portfolio game mobile mereka kepada genre sukan, RPG, cara hidup, kasual, dan game-game lain.

Ini tentunya selari dengan pengumuman EA baru-baru ini bahawa mereka sedang banyak membangunkan game mobile FIFA.

Pengambil-alihan ini sekaligus membawa masuk lebih 500 pembangun (dan kira-kira 800 pekerja) ke bawah bumbung besar EA.

Menurut IGN, pengambil-alihan ini merupakan antara pengambil-alihan tertinggi dalam sejarah industri gaming. Ia berada di belakang Tencent membeli SuperCell (USD8.6b), Microsoft membeli ZeniMax Media (USD7.5b), Activision membeli King (USD5.9b), dan Microsoft membeli Mojang (USD2.5b).

Pengambil-alihan Glu Mobile oleh EA ini mengatasi nilai Facebook membeli Oculus VR (USD2b), Zynga membeli Peak (USD1.8b) dan Bandai membeli Namco.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Leave a Reply

Exit mobile version