EA telah merombak sepenuhnya Star Wars: Battlefront 2 sebagai sebahagian daripada usaha respon kepada rungutan dan membuang mekanik pay-to-win yang telah memusnahkan reputasi game itu sebelum ia berada di pasaran pada tahun lepas.
Game Battlefront yang pertama adalah yang menyeronokkan, EA menjanjikan game kedua akan menawarkan gameplay yang lebih mendalam, lebih banyak kenderaan, beberapa era dalam dunia Star Wars dan kempen single-player.
Malah mereka juga berjanji akan melakukan expansions yang boleh didapati pemain yang membeli base game tanpa membahagikan base pemain antara sesiapa yang mengeluarkan lebih banyak wang untuk map baru dan modes.
Masalah bermula apabila EA mengambil keputusan untuk mencipta sebuah pendapatan alternatif untuknya berdasarkan kepada loot crates dan mekanik pay-to-win – kepada pemain yang membeli loot crates dengan wang sebenar akan mendapat kelebihan dari pemain yang tidak membeli.
Sementara Battlefront 2 adalah jauh dari game pertamanya yang memasukkan microtransactions, sistem progression asal dalam game Battlefront 2 telah direka secara efektif untuk memaksa pemain membelanjakan wang ke atas loot crates. Apabila pemain menemui bahawa ia akan mengambil masa sebanyak 40 jam ke atas untuk membuka satu hero, EA membalas dengan respon bahawa keperluan ini akan “memberikan pemain rasa bangga kerana berjaya membuka hero yang berlainan.”
EA sekarang memegang rekod untuk komen yang mendapat undian yang paling rendah dalam sejarah Reddit.
Sistem microtransactions telah ditarik beberapa jam sebelum game itu dilancarkan selepas Disney mengarahkan EA untuk menariknya, tapi itu tidak dapat menyelesaikan masalah dalam sistem progression. Ini bermakna pemain tidak boleh membeli apa-apa untuk mencapai kemenangan dengan menggunakan wang.
EA bukanlah satu-satunya syarikat yang menerima tamparan hebat dari gamers yang menentang loot crates pada tahun lepas. Tapi sistem itu sendiri adalah yang terburuk sehingga ia mendapat perhatian dari Hawaii ke negara Belgium untuk menyiasat penyekatan loot crates sepenuhnya.
Dengan kemaskini terbaru, yang mana bermula pada minggu ini, keseluruhan proses progression telah dirombak. Star Cards, yang mana memberikan akses kepada pelbagai item, senjata atau kebolehan akan hanya boleh didapati melalui gameplay. Kesemua hero dan kapal hero sekarang boleh dibuka dari mula.
Sementara microtransactions masih lagi wujud dalam permainan, ia hanya terhad kepada item kosmetik dan tidak memberi impak kepada permainan.
Daripada membeli loot crates untuk mencari bahagian untuk peningkatan kritikal, pemain boleh mendapatkan skill points sedang mereka meningkat level. Skill points ini boleh digunakan untuk membeli pelbagai Star Cards. Points adalah unik kepada hero atau kelas yang pemain dapat. Pemain tidak boleh gunakan points yang diperolehi dengan Yoda untuk meningkatkan Heavy atau sebaliknya.
FAQ EA mempunyai lebih banyak maklumat terhadap bagaimana sistem progression baru ini berfungsi. Arcade mode juga sekarang menawarkan semua Star Cards yang boleh dibuka pada level Epic Card, untuk memberikan pemain peluang untuk melakukan eksperimen dengan pelbagai pilihan konfigurasi.
Bespin sekarang boleh didapati sebagai sebuah lokasi untuk beberapa game modes (Blast, Heroes vs Villians, Arcade dan Jetpack Cargo dalam masa terhad).
Patutkah korang membeli game ini?
Jumlah publisiti negatif yang diterima oleh Battlefront 2 ini telah memberikan impak terhadap jualan game. EA melaporkan jualan sebanyak 9 juta dibandingkan dengan 10 juta yang dijangkakan. Tapi kemudian membetulkan semula dan melaporkan bahawa jualannya mencapai hanya 7 juta.
Jika Battlefront 2 adalah game yang korang mungkin akan beli, ia tidak lagi menggunakan microtransactions pay-to-win. Gamers tidak dapat disangkal lagi telah menghantar mesej apabila mereka tidak mahu membeli game ini dari awal lagi.
Jika korang membelinya dengan sistem itu telah hilang akan memberitahu kepada EA bahawa masalah utama dari awal adalah microtransactions jika dibandingkan dengan game-game lain. Semestinya, sesetengah akan beranggapan bahawa EA tidak berhak untuk mendapat jualan di bawah keadaan ini kerana cuba untuk menipu pemain.
Apa-apa pun, keputusan EA untuk merombak sistem pay-to-win microtransactions adalah kemenangan kepada komuniti Battlefront 2 dan pengajaran kepada syarikat yang tidak akan dilupakan.
Comments
Loading…