Awal tahun ini, EA telah mengumumkan yang mereka akan melancarkan 14 game baharu pada tahun fiskal 2021, iaitu tempoh yang bermula April 2020 hingga Mac 2021. EA sekali lagi telah mengesahkan bilangan ini dalam laporan kewangan yang baru sahaja mereka keluarkan.
Walaupun kebanyakan pembangun mereka terpaksa bekerja dari rumah untuk menyiapkan game masing-masing di kala situasi pandemik global, EA masih tetap menyatakan yang mereka akan melancarkan 14 game tersebut.
Empat daripadanya adalah keluaran EA Sports — iaitu FIFA 21, Madden 21, NHL 21 serta satu game yang masih belum diumumkan. Keempat-empat game ini turut disahkan akan dikeluarkan untuk konsol generasi akan datang, PS5 dan Xbox Series X, apabila Sony dan Microsoft melancarkan konsol masing-masing itu pada hujung tahun kelak. Sudah tentunya game-game sukan ini akan dilancarkan ke PS4 dan Xbox One terlebih dahulu.
Game lain yang turut ada dalam senarai 14 game ini ialah daripada IP sedia ada EA seperti Command & Conquer Remastered, dan kemungkinan dua game lagi ialah Burnout Paradise Remastered (Switch) dan Medal of Honor VR.
Dua game lagi bakal hadir untuk mobile, empat game lagi daripada studio pembangunan melalui program EA Partners, serta satu lagi yang turut belum diumumkan judulnya.
Sebagai peringatan, Battlefield yang seterusnya tidak tersenarai dalam 14 game ini kerana ia berada dalam jadual tahun fiskal 2022, namun telah disahkan akan dilancarkan pada tahun 2021. Bermakna, waktu pelancaran game itu telah diperkecilkan dari April hingga Disember 2021.
Game mana yang korang paling tak sabar dalam senarai 14 game ini?
Terima kasih PC Gamer, Destructoid.
Comments
Loading…