Electronic Arts (EA) kini sedang merayu kepada kerajaan negara Belanda atas saman yang dikenakan terhadap syarikat gaming gergasi itu.
Diumumkan oleh kerajaan Belanda (via IGN), mereka akan mengenakan saman terhadap EA disebabkan loot box berbayar yang terdapat dalam mode FIFA Ultimate Team (FUT).
Kerajaan Belanda telah mengarah EA untuk mengubah sistem pembelian item dalam mode itu dalam tiga buah game FIFA terkini mereka. Bukan FIFA 21 sahaja yang terkesan, malah arahan ini turut dikenakan kepada FIFA 20 dan FIFA 19.
Sekiranya tidak berjaya melakukannya, EA akan disaman sebanyak €250,000 (sekitar RM1.2 juta) setiap minggu, sehingga mencapai maksima sebanyak €5 juta (sekitar RM24 juta). Harus diingat, itu baru sahaja dari kerajaan Belanda — syarikat subsidiari EA di Switzerland juga akan dikenakan saman yang sama, bermakna, jumlah saman tersebut boleh menjadi dua kali ganda.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan, EA Benelux berkata:
“Kami kecewa dengan keputuasan pada hari ini, dan kesan yang mungkin diterima oleh para pemain Belanda. Kami tidak bersetuju yang produk dan servis kami mengalami konflik dengan undang-undang perjudian tempatan. Kami ada membuat rayuan terhadap keputusan ini dan cuba untuk menghalang satu situasi yang akan memberikan kesan sepenuhnya kepada pemain Belanda dalam FIFA Ultimate Team.”
“Electronic Arts menilai kepentingan besar terhadap pengalaman bermain yang positif: kami berusaha untuk memberikan semua pemain pilihan, kejujuran, nilai dan keseronokan dalam game-game kami. Kami masih terbuka untuk mengambil bahagian berbincang dengan Pihak Berkuasa Perjudian Belanda dan pemegang taruh lain untuk menyelesaikan dan memahami kegusaran mereka.”
Pek yang boleh dibeli dengan wang sebenar dalam mode FUT sememangnya sering dikaitkan dengan perjudian kerana pek itu tidak mendedahkan apakah pemain yang akan diperoleh, sebaliknya memberikannya secara rawak kepada si pembeli.
Comments
Loading…