Menu
in ,

E3 2021 Bakal Kembali, Acara Keseluruhan Secara Digital Pada Jun Ini

Selepas pembatalannya pada tahun lalu disebabkan pandemik global COVID-19, acara E3 bakal kembali tahun ini.

Buat julung kalinya, E3 2021 bakal berlangsung secara digital keseluruhannya — dari 12 hingga 15 Jun 2021. Penonton seluruh dunia bakal menyaksikan acara gaming terbesar dunia ini melalui livestream.

Antara syarikat gaming besar yang sudah mengumumkan penyertaannya ialah Nintendo, Xbox, Capcom, Konami, Ubisoft, Take-Two Interactive, Warner Bros. Games, dan Koch Media.

Seperti dijangka, sejak tidak menghadirkan diri pada 2019, Sony tidak tersenarai sebagai antara syarikat yang akan terlibat dalam E3 2021, buat masa ini.

Selain itu, beberapa syarikat besar lain yang masih belum mengumumkan sama ada akan menyertai E3 2021 ataupun tidak termasuklah EA (selalunya mengadakan acara tersendiri dalam minggu sama), Square Enix, Sega, Bandai Namco, Tencent, 505, dan Activision Blizzard.

Penganjur E3, Electronic Software Association (ESA) walau bagaimanapun menyatakan yang senarai syarikat yang terlibat ini adalah mereka yang terawal, dalam kata lain, beberapa syarikat lain mungkin akan turut serta kemudian.

Tahun 2020 telah menyaksikan acara gaming tahunan terbesar dunia yang biasanya diadakan di Los Angeles, Amerika Syarikat itu dibatalkan. Kebanyakan syarikat yang sering terlibat dalam E3 mengambil inisiatif sendiri untuk mengadakan acara digital masing-masing pada tahun lalu.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Leave a Reply

Exit mobile version