in ,

E3 2020 Dibatalkan Kerana Kebimbangan Penularan COVID-19 – Xbox, Ubisoft Akan Adakan Acara Secara Online

Konvensyen gaming tahunan terbesar dunia, E3 2020 akhirnya telah dibatalkan kerana kebimbangan terhadap penularan COVID-19, diumumkan oleh Entertainment Software Association dalam satu kenyataan.

Untuk tahun ini, E3 2020 dijadualkan berlangsung pada 9 hingga 11 Jun di Los Angeles Convention Center, Amerika Syarikat.

ESA menegaskan bahawa mereka kini sedang memikirkan opsyen bersama rakan kongsi untuk menyelaras satu pengalaman online untuk mempersembahkan pelbagai pengumuman dan berita dari industri gaming pada Jun nanti.

Susulan pengumuman rasmi ESA ini, beberapa penerbit dan pembangun game telah memberikan sedikit gambaran awal tentang bagaimana mereka akan tetap mengumumkan perkara-perkara yang mereka telah lama rancang sebelum ini.

Antara yang terawal ialah pihak Microsoft. Ketua Xbox, Phil Spencer berkata, “Tahun ini kita akan meraikan gaming generasi seterusnya dengan komuniti Xbox dan kesemua yang suka bermain game melalui satu acara Xbox secara digital. Butiran untuk waktu dan lain-lain bakal tiba dalam minggu mendatang.”

Kemudian, Ubisoft juga telah mengeluarkan kenyataan untuk mengumumkan yang mereka turut akan mengadakan acara secara digital, dan menyokong sepenuhnya keputusan ESA untuk membatalkan E3 2020.

E3 merupakan acara tahunan gaming terbesar dunia. Selain penerbit dan pembangun game membuka booth untuk dikunjungi ramai peminat bagi mencuba game-game terbaharu, mereka akan mengadakan sidang media khas untuk mengumumkan apakah perancangan mereka untuk beberapa tahun akan datang.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Ini Bonus Eksklusif Yang Pelanggan PlayStation Plus Dapat Dalam Call of Duty: Warzone

Ini Bonus Eksklusif Yang Pelanggan PlayStation Plus Dapat Dalam Call of Duty: Warzone

Game Witcher Baru Disahkan Akan Dibangunkan Selepas Pelancaran Cyberpunk 2077