E3 2019 akan menyusul tidak lama lagi. Terdapat banyak perkara yang berlaku yang berlegar di sekitar E3 2019 seperti penarikan diri oleh Sony untuk tidak berada di E3 pada tahun ini, pengumuman dua model terbaru Xbox dengan kod nama “Scarlett”, manakala Nintendo mungkin akan mengumumkan penambahbaikan untuk Nintendo Switch.

Walau apa pun yang terjadi, itu tidak menghalang untuk korang tahu 10 khabar angin mengenai video game yang mungkin akan diumumkan di E3 2019:

10. Harry Potter RPG

Pada lewat tahun 2018, terdapat video yang telah tertiris yang memaparkan gameplay dan gaya seni penciptaan karakter untuk Harry Potter RPG. Pada mulanya peminat mengandaikan studio Rocksteady akan menghasilkan game Harry Potter, namun itu semua tidak benar. Avalanche, studio yang berada di bawah Disney Infinity’s Toybox sepatutnya menjadi pembangun sebenar yang bertanggungjawab untuk menghasilkan game ini.

Namun, tidak ada sebarang pengumuman atau sidang media yang dibuat. Ramai orang mengatakan bahawa game ini masih belum wujud secara rasmi. Jika benar mereka sudah bersedia untuk menunjukkan game ini di hadapan beribu penonton, maka E3 adalah tempat yang sesuai.

9. Luigi’s Mansion 3

Jika dilihat dari teaser di atas, Luigi’s Mansion 3 mungkin akan hadir pada tahun ini. Ini kerana Nintendo sedang sibuk memfokuskan kepada Pokemon, Super Mario Maker dan Fire Emblem Heroes. Nintendo telah mengatakan bahawa Luigi’s Mansion 3 adalah projek yang masih dalam pembikinan, kemungkinan ia mungkin akan dipertunjukkan di E3 2019.

8. Splinter Cell

Kali terakhir francais ini mengeluarkan game terbarunya adalah pada tahun 2013 iaitu Splinter Cell: Blacklist. Sejak itu, tidak ada game baru yang dikeluarkan oleh Ubisoft. Walaupun Sam Fisher pernah menjadi watak cameo dalam Ghost Recon: Wildlands, namun itu tidak cukup bagi peminat. Mereka mahukan pengembaraan baru Sam Fisher yang bersuarakan Michael Ironside.

Dalam sesi temu bual bersama dengan GameInformer Ketua Pegawai Kreatif Ubisoft, Serge Hascoet pernah mengatakan jika mereka mempunyai sumber yang cukup, francais seperti Splinter Cell dan Prince of Persia mungkin akan kembali.

7. Bioshock 4

Mengenai Bioshock 4, 2K pernah mengatakan bahawa ia sememangnya sebuah francais yang kuat. Pembangun Mafia 3 iaitu Hangar 13 sedang menghasilkan Bioshock di bawah kod nama ‘Parkside’. Walau bagaimanapun, tidak ada maklumat yang dikeluarkan buat masa ini.

6. The Avengers Project

Square Enix sedang menghasilkan sebuah game Avengers yang masih belum ada nama rasmi. Walaupun trailer teaser telah dikeluarkan pada tahun lepas, tidak ada sebarang informasi baru yang dikeluarkan oleh pihak mereka selepas itu. Mereka mungkin boleh membuat kejutan untuk hadir ke E3 dan memaparkan gameplay Avengers terbaru ini.

5. Borderlands 3

Borderlands 3 pernah disahkan pada tahun 2016, tapi selepas itu tidak ada sebarang berita mengenai pembangunan game tersebut. Walaupun dengan tech demo Unreal 4 yang digunakan ke atas game Borderlands pada tahun 2017 juga mereka mengatakan bahawa itu adalah sesi demonstrasi teknikal dan bukannya game yang sebenar.

Hanya beberapa hari yang lepas, Gearbox telah memuat naik post di akaun Twitter mereka yang memaparkan gambar papan iklan dengan gaya seni Borderlands bersama dengan perkataan ‘March 28, Boston, MA’. Ini secara jelas merujuk kepada PAX East Gaming Convention yang mana game ini akan diumumkan dan mungkin ada teaser.

4. Fable 4

Apa yang kita boleh harapkan untuk Fable 4 adalah menjanjikan sebuah gameplay yang menarik seperti game pertama dan mekanik yang senang serta humor yang menarik seperti game kedua dan ketiga. Studio Playground Games (Forza Horizon) sedang cuba untuk menghidupkan kembali francais Fable dengan entri yang seterusnya.

3. Dragon Age 4

Dragon Age 4 telah diumumkan di The Game Awards pada tahun lepas. Tapi kerana EA memfokuskan kepada Anthem pada masa itu, tidak ada sebarang maklumat baru seperti gameplay yang dikeluarkan. Yang ada hanyalah trailer yang memaparkan tagline The Dread Wolf Rises.

Banyak pihak yang memerhatikan kredibiliti Bioware semakin jatuh dengan game seperti Mass Effect: Andromeda dan Anthem mendapat kritikan yang negatif. Jika mereka mahu terus bertahan dalam industri ini, mereka perlu lakukan perubahan bermula dengan Dragon Age 4.

2. Game Terbaru Oleh Rocksteady

Empat tahun sudah berlalu sejak trilogi Batman ditamatkan dengan Arkham Knight. Walaupun terdapat banyak spekulasi yang mengatakan mereka akan menghasilkan game Harry Potter dan Superman, namun itu semua masih samar-samar. Mereka masih mempunyai banyak pilihan seperti Wonder Woman, Teenage Mutant Ninja Turtles dan juga Justice League. Walau apa pun pilihan mereka, Rocksteady pasti dapat lakukan yang terbaik.

1. Diablo 4

Blizzard perlu melakukan sesuatu yang besar untuk membersihkan “Don’t you guys have phones?” dari memori peminat selepas mereka membuat pengumuman Diablo Immortal yang telah mendapat reaksi negatif dari peminat. Salah satu caranya adalah dengan mengumumkan game Diablo terbaru di PC.

Menurut sesi temu bual dengan beberapa pekerja Blizzard, mereka berkata game keempat Diablo yang sedang dihasilkan di bawah nama Feris masih mempunyai perjalanan yang jauh sebelum mereka boleh mengeluarkannya.


Jadi, inilah 10 game yang kami rasakan mungkin akan diumumkan semasa E3 2019 nanti. Ada game lain yang korang rasakan akan diumumkan juga? Kongsikan di ruangan komen!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.