EA telah mengumumkan EA Originals – sebuah program penerbitan game yang disasarkan bagi game-game indie!

EA Originals berhasrat untuk melaksanakan 3 perkara:

  1. Membawa pengalaman gaming yang unik, inovatif dan memorable.
  2. Membantu studio developer dalam pemasaran dan penerbitan game mereka.
  3. Bantuan dana bagi studio kecil melalui EA Originals. Keuntungan bagi game-game tersebut akan pergi terus ke studio kecil tersebut.

Game pertama di dalam program ini bernama ‘Fe’ yang dibangunkan Zoink, sebuah studio dari Sweden. Fe cuba memaparkan hubungan kita dengan alam sekitar melalui dunia penuh magik dan mistik.

Korang akan mengembara dan mempelajari ‘bahasa’ kesemua makhluk hidupan bagi mencari asal-usul karakter korang! Korang juga akan bertemu dengan makhluk-makhluk yang membawa kemusnahan kepada keseimbangan alam di dalam dunia Fe.

 

Fe adalah game seterusnya selepas Unravel, sebuah game indie dari Coldwood Interactive. Khabarnya, EA telah menandatangani perjanjian bersama Coldwood Interactive bagi episod kedua Unravel!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.