E3 2016: Pokemon Sun & Moon Mendapat Mode Battle Royal, Percuma Untuk Semua

1
306

Apa lagi? Jomlah berlawan dengan kawan-kawan korang dalam mode Battle Royal terbaru ini!
Bermula dengan conference E3 2016 Nintendo Treehouse, kita dapat melihat lebih tentang gameplay Pokemon Sun & Moon selama 45 minit.

Dengan grafik yang lebih gempak dan layout bottom screen terbaru menjadi satu daya penarikan yang fresh. Namun apa yang dilihat dalam trailer mungkin diubah untuk mencapai kesukaan ‘trainers’ yang bakal bermain Pokemon Sun & Moon ini. Jom usha gameplay diorang sikit!

Kini korang juga boleh memilih antara pre-customize ‘Trainer’ anda!

13403841_10153756850741588_8256991528884002820_o (1)Region terbaru, Alola kelihatan sangat luas dan menawan.
AlolaDi dalam Region ini juga terdapat beberapa lagi 3 Pokemon di-reveal iaitu Pikipek, burung belatuk Normal-dan Flying-type, Yungoos, ferret yang sentiasa lapar dan raging ber ifat Normal-type dan Grubbin, seekor Bug-type Pokemon berbentuk larva.

Kita juga dapat melihat Pokemon baru Magearna yang berusia 500 tahun dicipta oleh seorang saintis. Mageerna mempunyai kuasa untuk mendalami ’emosi, fikiran dan perasaan’ Pokemon yang lain.

Highlight sidang ini menunjukkan terdapat mode terbaru iaitu Battle Royal! Lawan bersama 4 orang rakan Trainer yang lain dan yang terakhir berdiri akan menjadi pemenang. Ini adalah kali pertama GameFreak mengadakan mode free-for-all di dalam game Pokemon.

1 komen

JomKomen!