in ,

Durasi Tayangan Filem Anime The Witcher: Nightmare of the Wolf Tertiris Di Netflix

Sudah agak lama kita tidak mendengar tentang perkembangan terkini The Witcher: Nightmare of the Wolf, iaitu sebuah filem anime yang sedang diterbitkan oleh Netflix.

Terbaharu, kita mempunyai info baharu tentang filem ini, walaupun ia bukan datang dari pengumuman rasmi.

Netflix secara tidak sengaja telah mendedahkan durasi tayangan untuk filem ini di platform streaming, iaitu ia akan berdurasi selama 1 jam 21 minit.

Sekiranya korang buka laman The Witcher: Nightmare of the Wolf di Netflix, ia tidak lagi memaparkan durasi tayangan tersebut, namun sempat dikongsikan Redanian Intelligence di Twitter.

Apa yang sudah kita ketahui sebelum ini ialah ia merupakan prekuel kepada musim pertama live-action The Witcher di Netflix, yang membawakan Vesemir, mentor kepada Geralt, semasa muda sebagai hero.

Untuk filem anime ini, Netflix akan bekerjasama dengan studio terkenal dari Korea, Studio Mir — yang pernah mencipta The Legend of Korra dan Voltron: Legendary Defender.

Sinopsis yang sudah yang didedahkan ialah “Lama sebelum menjadi mentor kepada Geralt, Vesemir memulakan perjalanannya sendiri sebagai seorang Witcher selepas Deglan yang misteri menuntutnya melalui Law of Surprise.”

Tiada tarikh mula tayang yang didedahkan setakat ini, namun mereka menjadualkan The Witcher: Nightmare of the Wolf akan dikeluarkan sebelum musim kedua live-action The Witcher bermula.

JomBaca: Banyak Babak Dalam Anime The Witcher Tidak Boleh Dilakukan Dalam Bentuk Live-Action

Moga-moga dalam masa terdekat ini kita akan disajikan dengan butiran rasmi terkini daripada Netflix mengenai filem anime ini. Lebih baik kalau umumkan bilakah ia akan mula ditayangkan atau berkongsikan trailer pertama.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Lebih 19 Juta Pemain Tebus Star Wars Battlefront 2 Percuma Di Epic Games Store

The Last of Us 2 Pintas The Witcher 3 Sebagai Game Paling Banyak Menang Anugerah GOTY Dalam Sejarah