Riot Games sedang melangkah besar pada ketika ini. Semasa acara livestream ulangtahun ke-10 League of Legends (LoL), mereka telah membuat pendedahan tentang banyak perkara.

Peminat tegar LoL harus bersedia kerana apa yang diumumkan Riot bakal menggegarkan jiwa korang semua!

Karakter Baru

Pertama sekali, kita jangan pergi jauh-jauh dulu. LoL bakal mengeluarkan karakter baru yang diberi nama Senna. Senna merupakan karakter support yang bakal menyertai lebih daripada 140 Champions yang sudah tersedia dalam game.

Senna akan dikeluarkan terlebih dahulu dalam server beta pada 29 Oktober, kemudian dilancarkan sepenuhnya pada 10 November nanti.

LoL ke Konsol & Mobile

Antara pengumuman terbesar pastinya adalah LoL akhirnya bakal dilancarkan ke konsol dan mobile. Game tersebut akan dikenali dengan nama League of Legends: Wild Rift, yang mana ia dikatakan dibangunkan dan diadaptasi dari kosong, khas untuk versi platform baru ini. Senang cerita, ia bukanlah port terus dari PC ke platform baru ini.

League of Legends: Wild Rift akan dilancarkan ke konsol dan mobile pada 2020.

Teamfight Tactics Ke Mobile

Game auto-battler yang pada ketika ini hanya terdapat di PC, Teamfight Tactics bakal dikeluarkan ke mobile pula, yang bakal dilancarkan ke peranti-peranti mobile pada suku pertama tahun 2020. Pra-pendaftaran sudahpun boleh dilakukan di Google Play.

Seperti game auto battler lain, ia akan membawakan game strategi untuk 8 pemain, dan ianya adalah percuma. Setiap 3 atau 4 bulan, mereka akan lancarkan beberapa karakter baru untuk sentiasa membawakan kesegaran ke dalam game.

Game Kad Maya Baru

Riot mengumumkan game kad maya (bukan fizikal) baru, digelar Legends of Runterra (LoR). Game percuma (free-to-play) ini bakal menjadi pesaing kepada Hearthstone dari Blizzard. Semestinya, game ini nanti menampilkan karakter-karakter dari universe LoL.

LoR akan dilancarkan ke PC dan mobile pada 2020.

Game Shooter

Overwatch bakal ada pesaing baru. Pada ketika ini, Riot hanya menggunakan judul yang masih belum dimuktamadkan, iaitu Project A. Sebuah game shooter multiplayer kompetitif yang mempunyai karakter-karakter unik.

Kata Riot, game ini nanti akan menggunakan latar belakang Bumi pada masa depan hampir (near future). Maka sebab itu, dalam trailer yang dapat kita saksikan di atas, kita dapat lihat bahawa persekitaran dan senjata yang digunakan tidaklah kelihatan terlalu futuristik, namun masih lagi mempunyai kuasa-kuasa luarbiasa seperti dalam Overwatch.

Game Fighting

Tidak banyak yang didedahkan, namun yang pasti Riot juga sedang membangunkan sebuah game fighting. Masih lagi dalam pembangunan awal, Riot akan berkongsikan lebih banyak info tentang game ini pada tahun hadapan.

Pada ketika ini, mereka hanya menggelarkan game ini sebagai Project L.

Game Misteri

Bukan itu sahaja game yang sedang dalam pembangunan Riot. Mereka turut mengacah sebuah lagi game baru yang langsung tidak didedahkan apakah genrenya selain hanya menyatakan yang game ini dalam “pembangunan yang sangat awal”.

Dipanggil pula dengan namakod Project F, game ini dikatakan “mengembara kemungkinan menusur dunia Runeterra bersama rakan-rakan”.

Siri Animasi Baru

Arcane diumumkan Riot Games, sebuah siri animasi terbaru yang menghidupkan kisah asal atau lore untuk karakter-karakter LoL, dan juga akan dikeluarkan pada 2020. Daripada trailer pertama yang boleh disaksikan di atas, ia sememangnya kelihatan cukup menarik dan berpotensi.

Origins Di Netflix

Sebuah dokumentari yang berdurasi 1 jam 17 minit tentang League of Legends telah dikeluarkan, berjudul Origins. Ia melibatkan pengarah yang pernah dicalonkan dalam Oscar, Leslie Iwerks.

Dokumentari tersebut menceritakan sejarah LoL dan sudah boleh distrim di Netflix.

Itulah kandungan hiburan yang telah diumumkan Riot yang mana semua akan berkisar dari universe League of Legends — dari game terbaru, dokumentari, sehinggalah ke siri animasi.

Kandungan mana yang korang paling teruja?

1 komen

JomKomen!