Sejak PUBG dan Fortnite menggegarkan dunia dengan game bergenre battle royale, banyak syarikat gergasi gaming yang telah mengikut langkah ini. Antaranya seperti Activision dengan Call of Duty: Blackout dan EA dengan yang terbaru, Apex Legends.

Salah satu syarikat gergasi gaming yang masih lagi tidak mengeluarkan game battle royale ialah Sony. Dan kini, kita telah mengetahui apakah sebabnya.

Apabila CNET bertanyakan tentang kejayaan Fortnite kepada pengerusi Sony Worldwide Studios, Shawn Layden, ini jawapan beliau:

“Saya tidak mahu sertai “saya pun nak”, saya rasakan yang dunia pada masa ini sudah cukup mendapatkan semua battle royale yang mereka perlukan. Saya fikir yang kami telah berusaha dalam masa tiga hingga empat tahun untuk sampai ke tahap ini sekarang di mana kami sedang membangunkan game yang paling kurang bilangannya setiap tahun, tapi kami meluangkan lebih masa, lebih tenaga, dan semestinya lebih wang untuk menciptanya.”

Beliau menambah, “kalau kamu ingin mencipta sebuah game action adventure, ia seharusnya menjadi yang terbaik dalam kelas itu.”

Komen JomGaming: Sebagai peminat setia game-game eksklusif Sony, kami merasakan yang mereka kini berada di landasan yang tepat. Setiap syarikat gaming mempunyai falsafahnya yang tersendiri, dan Sony harus mengekalkannya serta tidak terlalu mengikut langkah syarikat lain.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.