in , , ,

Dulu Dianaktiri, Kini Dijulang – Satu-Satunya Game Yang Ada Perwakilan Malaysia Di Sukan Asia 2018 Adalah PES 2018

Kejayaan tidak datang bergolek.

Sebagai pemain yang sering terlibat secara langsung dalam komuniti PES di Malaysia, melihat PES 2018 menjadi satu-satunya game yang mempunyai perwakilan Malaysia di Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang adalah sesuatu yang agak sentimental.

Bergantung kepada bagaimana korang ingin melihatnya, namun ada pada sesetengah situasi, komuniti PES ini umpama dianatirikan dalam kejohanan-kejohanan esports besar tempatan mahupun antarabangsa.

Penulis masih teringat lagi ada seseorang pernah berkata, “buat apa main PES, baik main FIFA, ada masa depan”.

Bukanlah ingin ‘dengki’ kepada komuniti FIFA, jauh sekali untuk mengatakan “padan muka” kepada para pemain FIFA. Siri game FIFA sememangnya layak diberikan keutamaan dalam kebanyakan kejohanan esport besar kerana fanbase-nya yang lebih besar. Tetapi, apabila melihat PES, sebuah komuniti jauh lebih kecil berbanding komuniti FIFA, yang kita mulakan dari ‘keluarga’ yang kecil, diberikan kepercayaan untuk diangkat ke peringkat tertinggi esports di rantau Asia, ia adalah satu perasaan yang boleh buat kami terharu.

Semalam, Asian Electronic Sports Federation (AESF) telah mengumumkan senarai penuh setiap negara yang akan bertanding dalam enam video game yang akan dipertandingkan dalam temasya sukan terbesar benua itu.

Setelah melalui pusingan kelayakan peringkat kebangsaan serta peringkat rantau Asia Tenggara, satu-satunya game yang mempunyai perwakilan Malaysia ke acara kemuncak nanti ialah PES 2018. Malaysia turut menghantar wakil ke pusingan kelayakan Asia Tenggara bagi lima game lain — iaitu Heartstone, StartCraft II, Clash Royale, Arena of Valor dan League of Legends — namun semunya tidak berjaya layak ke acara kemuncak.

JomBaca: Alpha Gaming Juarai Pusingan Kelayakan Peringkat Malaysia Untuk Sukan Asia 2018 Bagi PES 2018

Muhamad Khairul Abdul Aziz dan Mohd Haikal semasa memenangi pusingan kelayakan peringkat Malaysia.

Dalam acara PES 2018, ia merupakan acara berpasukan yang menggandingkan dua pemain dalam tiga perlawanan — 1v1, 2v2 dan 1v1. Kedua-dua pemain yang bakal membawa nama Malaysia ke negara jiran itu ialah Muhamad Khairul Abdul Aziz dan Mohd Haikal. Semasa pusingan kelayakan Asia Tenggara, pasangan ini berjaya menduduki tangga kedua di belakang pasukan dari negara Vietnam.

Pasangan negara ini akan bertarung bersama pasukan dari tujuh buah negara Asia lain, iaitu Jepun, Hong Kong, China, Vietnam, India, Kazakhstan, Iran dan Indonesia (tuan rumah).

Untuk pengetahuan korang yang tidak tahu, pertandingan esports di Sukan Asia pada tahun ini tidaklah menyumbang kepada sebarang pingat bagi acara-acara sukan utama. Ia hanya sebagai pertandingan demonstrasi, sebagai persediaan untuk menghadapi penyumbangan pingat pada masa akan datang.

Kami di JomGaming mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Muhamad Khairul Abdul Aziz dan Mohd Haikal atas prestasi korang, dan mendoakan agar kecemerlangan ini akan dapat diteruskan dalam acara akhir nanti. Semoga berjaya!

JomBaca: Studio Gaming Seluruh Malaysia Bergabung Menaja Hadiah Kemenangan Pusingan Kelayakan PES Untuk Sukan Asia


PRE-ORDER PRO EVOLUTION SOCCER 2019

Deposit RM50 SAHAJA

FREE exclusive T-SHIRT PES2019 — Pre-order terus ke Facebook YC Games Station (Kuala Lumpur) & Kuppy Station (Terengganu)

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

PUBG Mobile Menambah Pandangan First-Person Dan Mode Baru Mini-Zone

Bundle PS4 Bersama Fortnite Telah Tertiris, Dilaporkan Bakal Tiba 16 Julai Ini