in ,

DualShock 4 Edisi Terhad Bagi PlayStation FC Diumumkan – Memang Bergaya Untuk Kaki-Kaki Bola!

Pasti mereka yang gemar mengumpul DualShock 4, ingin dapatkan versi PlayStation FC ini.

Diumumkan oleh PlayStation Blog, DualShock 4 edisi terhad ini akan boleh mula didapati mulai 29 September nanti. Ia merupakan hasil kerjasama antara PlayStation FC dan UEFA Champions league dan adalah sempena bermulanya bagi musim baru bagi liga tersebut.

Menampilkan corak ala-ala taktik yang digunakan oleh pengurus pasukan, DualShock 4 ini turut menampilkan logo PlayStation FC serta lakaran kotak penalti pada bahagian touchpad. Sememangnya tampak menarik bagi peminat-peminat bola sepak.

Buat masa ini, DualShock 4 ini hanya diumumkan bagi kawasan Eropah. Kemungkinan besar ianya hanya akan dijual untuk benua tersebut dan jika korang masih ingin untuk mendapatkannya, korang perlu membelinya dari luar negara.

What do you think?

Written by Zack Salleh

Memulakan pengalaman gaming di Nintendo Game & Watch 'Parachute' dan kemudian di pelbagai platform seperti PC, PlayStation dan Xbox. Suka mencuba pelbagai genre dan idea baru dalam dunia gaming tetapi meminati RPG dan FPS khususnya.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Intro Animasi Bagi Sonic Mania Sememangnya Akan Mengimbau Kenangan Klasik Peminat-Peminatnya

4 Taktik Liquid Yang Mungkin Akan Digunakan Menuju Ke Final TI 7!