in , , , ,

Dual Gear: Game Mecha Super Duper Dari Thailand!

dual-gear-001

Wow! Mari rapat semua gamers-gamers sekalian, kitorang ada berita menarik nak kongsikan dengan korang semua ni. Konfem meletup kebaboooom!

Sebuah game baru bakal menemui korang, namun begitu belum ada tarikh rasmi bila game ini akan dikeluarkan. Game ape itu? Memperkenalkan Dual Gear dari developer Orbital Speed Studio. Dual Gear akan berada di Windows, MAC dan juga console Xbox-One dan juga PlayStation 4.

dual-gear-002

Game ini diinspirasikan dari game klasik Japan Mech – berkonsepkan gabungan turn-based strategy dengan action gameplay. Korang boleh customized pilot korang, upgrade Mecha korang dengan senjata-senjata dan kelengkapan tambahan bagi mengharungi segala cabaran yang diberikan. Dan yang lebih mengejutkan lagi, developer game ini iaitu Orbital Speed Studio berasal dari negara jiran kita, iaitu Thailand. Wow! Malaysia bila lagi ini?

dual-gear-003

Dual Gear ini diperkuatkan dengan enjin Unreal Engine 4 dan masih dalam proses pembikinan. Namun begitu korang boleh download demo bagi game Dual Gear ini pada 25 Januari 2016 nanti. So sape-sape yang nak download boleh saja click —> Dual Gear

Berikut adalah serba sedikit apa yang akan ada di dalam game Dual Gear ini:
-Story campaign & 30 hour to play
-Over 30 mission to play
-Unit customization
-30 original mechs ! and over 100 parts!
-60 type of weapon
-team management system
-character development system
-Chain combination attack
-Skill system

Apalagi jom kite layan teaser bagi Dual Gear ni:

Wow! Game yang nampak menarik, penulis pun dapat rasa game ini akan meletop! Korang pula rasa macam mana?

ADIOS!!

Written by Hans Yusoff

Lebih dikenali dengan panggil Abah, beliau seorang peminat setia Dota 2, dan bercita-cita tinggi untuk mempunyai sebuah pasukan DotA satu hari nanti.

Juga meminati game bergenrekan FPS dan juga RPG. Jika tidak bermain game beliau adalah seorang Abah yang penyayang.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Rainbow Six: Siege Kini Tidak Lagi Bertoleransi Dengan Cheaters/Hackers

Rocket League: Musim 1 Kini Berakhir, Pemain Bakal Menerima Banyak Hadiah