in , , ,

Dua Lipa Akan Dibawa Masuk Dalam FIFA 21 Sebagai Antara Karakter Selebriti Terbaru

Korang mungkin terpaksa baca tajuk di atas dua kali sambil menggosok mata, tapi ya, apa yang korang baca di atas adalah benar.

Penyanyi tersohor dunia, Dua Lipa dilaporkan akan ditampilkan ke dalam game bola sepak terkini keluaran EA Sports, FIFA 21 sebagai salah seorang karakter selebriti terbaharu.

Bagi yang tidak tahu, dalam FIFA 21 terdapat satu mode yang digelar Volta Football. Dalam mode 5v5 seperti futsal ini, kita boleh menjelajah ke merata dunia untuk merekrut pemain ke dalam pasukan kita. EA ada menampilkan, dan kita boleh rekrut, beberapa karakter terkemuka bukan pemain bola sepak dalam mode ini, antaranya yang sudah ada ialah Diplo (pemuzik) dan Anthony Joshua (peninju).

Dan kini, bilangan karakter tersebut dilaporkan akan ditambah dengan lebih ramai selebriti terkemuka.

EA Sports belum mengumumkannya secara rasmi lagi, namun dalam kemaskini baharu FIFA 21, ada pemain yang sudah menggali fail-fail baharu yang ditambah ke dalam game, dan menemui beberapa kandungan baharu yang dijangka akan dibawa masuk dalam masa terdekat.

Antara kandungan yang ditemui ialah senarai selebriti bukan pemain bola sepak baharu yang akan ditampilkan dalam Volta, iaitu:

  • Dua Lipa
  • Lewis Hamilton
  • Giannis Antetokounmpo
  • Lamar Jackson
  • Gabriel Medina
  • Natalia Guitler
  • Daniel Ricciardo
  • DJ Snake
  • Joel Embiid
  • Fred (Desimpedidos)

Malah, penggalian fail ini turut dapat mengesktrak beberapa screenshot wajah karakter-karakter ini. Korang boleh lihatnya di bawah:

Penampilan Dua Lipa dalam Volta ini juga mungkin merupakan satu promosi memandangkan lagu beliau turut ditampilkan dalam FIFA 21, iaitu lagu berjudul ‘Love Is Religion – The Blessed Madonna Remix’.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Butcher Kini Dilancarkan Di PlayStation Store Asia Tenggara – Game Platformer Ganas Ala Doom

KINGDOM HEARTS Melody of Memory AVAILABLE NOW