in ,

Rasmi: EA Tidak Hadkan FIFA 22 Untuk Satu PC Sahaja, Tersilap Letak Notis Di Steam [KEMASKINI]

[KEMASKINI]:

EA telah mengeluarkan kenyataan, mengesahkan bahawa tiada polisi ‘1 machine activation limit’. Bermakna, pemain boleh install FIFA 22 di beberapa PC lain, asalkan menggunakan akaun yang sama.

Dalam kenyataan yang diberikan kepada Eurogamer, EA berkata:

“Kami boleh sahkan tiada had satu mesin untuk FIFA 22 di PC via Steam. Ini telah tersilap letak dan pengehadan itu sudah dipadam. Kami mohon maaf atas kekeliruan dan berterima kasih kepada komuniti kerana menemui kesilapan ini.”

[LAPORAN ASAL]:

EA nampaknya akan menambah satu lagi lapisan pengurusan hak-hak digital (digital rights management, DRM) kepada FIFA 22 di platform PC yang akan dilancarkan beberapa bulan lagi.

Dari beberapa perbualan di Reddit dan Twitter, ramai yang telah perasan bahawa FIFA 22 di Steam mempunyai satu notis yang tertulis ‘1 machine activation limit’.

Notis ini mungkin agak kabur, namun ramai menafsirkan bahawa EA akan mengehadkan pengaktifan FIFA 22 kepada satu PC sahaja. Dalam kata lain, apabila pemain sudah install FIFA 22 di satu-satu PC, kemudian ingin menaik taraf motherboard, CPU atau GPU, pemain tidak akan boleh install FIFA 22 walaupun dari akaun yang sama kerana ia mengesan sebagai sebuah PC baharu yang berbeza.

Walau bagaimanapun, menurut MP1ST, sekiranya pemain melakukan naik taraf seperti dinyatakan di atas, mereka boleh menghubungi EA untuk nyahaktifkan had tersebut, agar boleh di-install di hardware yang baharu. Ia boleh dilakukan, namun tetap melecehkan.

Tentunya, lapisan baharu DRM ini sebenarnya adalah langkah EA untuk tidak membenarkan lagi para pemain berkongsi lesen untuk digunakan di beberapa PC.

Tetapi yang anehnya, melalui pemerhatian penulis sendiri di laman Steam FIFA 22, tiada pula notis ‘1 machine activation limit’. Adakah EA sudah menarik balik had ini?

Seandainya EA benar-benar meneruskan langkah DRM yang baharu ini, ia akan menaikkan lagi kemarahan peminat siri FIFA di PC. Sebelum ini, seperti yang telah kami laporkan, EA telah mengumumkan yang ciri generasi terkini dalam FIFA 22, digelar HyperMotion Technology, hanya akan tampil dalam versi PS5, Xbox Series dan Stadia. Ertinya, versi PC adalah sama dengan versi PS4/Xbox One.

Kami akan laporkan perkembangan terkini sekiranya EA ada memberi respon terhadap perkara ini.

FIFA 22 akan dilancarkan pada 1 Oktober untuk PC (Origin, Steam), PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series dan Stadia.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Trailer Sekuel God of War Dilaporkan Akan Hadir Pada Bulan Depan, Disusuli Horizon Forbidden West

EA Sahkan Battlefield 2042 Akan Menyokong Cross-Play, Tapi Hanya Bersama Konsol Generasi Sama