in , , , ,

#DramaEsportsMalaysia: Kali Ini Pengendali Kejohanan FIFA Tak Terima Bayaran

Industri esports tempatan sering tidak lekang daripada kontroversi, dan kali ini, satu lagi isu telah timbul yang boleh dikatakan agak membimbangkan.

Consolewar, studio gaming yang menjadi salah satu pengendali semasa Iskandar Investment Esports Carnival masih lagi tidak mendapat bayaran untuk kos perkhidmatan mengendalikan pertandingan FIFA 19.

Acara tersebut telah berlangsung pada 30 dan 31 Mac 2019. Dalam post Facebook yang dikeluarkan Consolewar, sehingga kini, mereka masih belum menerima bayaran yang sepatutnya daripada penganjur utama acara, iaitu Academy of Esports, yang kini dikenali sebagai Geek Academy, anak syarikat kepada The Livescape Group.

Apa yang paling menyedihkan syarikat tersebut ialah kesemua pemenang (pemain) telah menerima hadiah masing-masing, malah pengendali-pengendali lain untuk dua game yang turut dipertandingkan dalam acara itu, iaitu DotA 2 dan PUBG Mobile telahpun menerima bayaran untuk kos perkhidmatan yang mereka sediakan. Ia sesuatu yang memusykilkan apabila hanya Consolewar, pengendali untuk pertandingan FIFA 19 yang masih lagi tidak menerima sebarang bayaran.

Consolewar menegaskan bahawa mereka telahpun memberikan segala kerjasama sepenuhnya dalam menjayakan acara itu. Apatah lagi, mereka sanggup untuk meneruskan pengendalian pertandingan FIFA 19 tanpa sebarang wang pendahuluan (deposit). Disebabkan kelewatan ini, Consolewar terpaksa turut menangguhkan pembayaran kepada para kru dan vendor yang membantu mereka melancarkan segala urusan sepanjang pertandingan.

Tindakan susulan yang tidak terkira melalui WhatsApp, panggilan telefon serta emel telah dilakukan, namun, semuanya berakhir dengan kekecewaan selama berbulan-bulan.

Apabila ditekan dari pelbagai saluran, mereka menjanjikan untuk memberikan bayaran sebanyak 25 peratus pada akhir Oktober, tapi masih lagi gagal melakukan sedemikian.

Mohd Nazirul Afiq Mohd Amin, pengasas Consolewar.

JomGaming sempat menghubungi Mohd Nazirul Afiq Mohd Amin, pengasas Consolewar untuk mendapatkan komen beliau mengenai isu ini. Kata beliau:

“Industri kita ini ramai nak tempa nama, tapi ramai yang harapkan pulangan macam skim cepat kaya, benda ini pemusnah kepada kita yang sayangkan game dan esports ini.”

Kata Afiq lagi, jumlah yang tertunggak ini bukanlah jumlah yang sedikit, yang mana ia sebenarnya mencecah lima angka ringgit Malaysia.

Iskandar Investment Esports Carnival yang berlangsung di Iskandar Puteri, Johor pada Mac lalu itu dicanangkan sebagai acara esports yang terbesar pernah diadakan di negeri selatan itu. Ia bukan sahaja menganjurkan pertandingan esports, malah turut membawakan pelbagai aktiviti lain seperti bootcamp, board game, cosplay dan banyak lagi. Acara itu turut dilancarkan oleh Menteri Belia & Sukan, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Sumber gambar: iskandarinvestment.com.

Isu ini merupakan sesuatu yang amat merisaukan. Sebelum ini, kita kadang-kala ada terdengar tentang bagaimana para pemenang dalam kejohanan-kejohanan esports tempatan lain lambat menerima hadiah kemenangan (sehingga ada yang tak terima langsung). Nampaknya, penyakit ini telah berjangkit pula kepada bayaran yang sepatutnya diberikan kepada pengendali.

Di kala Menteri sentiasa mempromosikan bagaimana industri ini mampu membuka banyak peluang pekerjaan, kes-kes seperti menjadi semakin parah. Perkara sebegini bukan lagi membuka peluang pekerjaan, malah merencatkan lagi pula kerana satu pihak atas tidak melangsaikan bayaran, wang tersebut tidak dapat diagihkan ke kru dan vendor bawahan pula.

JomGaming memohon pihak The Livescape Group memberikan kenyataan secara terbuka mengenai isu ini, seterusnya menyelesaikannya dengan kadar segera.

Kalau beginilah permainannya dalam industri ini, esports akan terus-menerus dipandang serong oleh masyarakat. Janganlah dirosakkan nama baik esports yang kini semakin mula meniti di bibir umum.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

Leave a Reply
  1. Buat kalian yg suka nggame/ para gamers buruan join di qqharian,net
    Kapan lagi main game berpenghasilan 😉

  2. bukan sulap bukan sihir adakadabraa……duit 20ribu bisa menjadi jutaan….
    segera aja ke QQHarian yaaaachh…BUKTIKAN!!!

JomKomen!

Loading…

0
Kandungan The Rise of Skywalker Bakal Tiba Dalam Star Wars Battlefront II Pada Disember Ini

Kandungan The Rise of Skywalker Bakal Tiba Dalam Star Wars Battlefront II Pada Disember Ini

Pembangunan Sekuel Horizon Zero Dawn Mungkin Telah Disahkan Oleh Guerrilla Games