Lama peminat siri Dragon Quest Builders menunggu tarikh pengumuman sekuel ini sejak pelancaran versi Jepun, dan akhirnya ia akan berada dalam Bahasa Inggeris pada 27 Julai ini!

Story kali ini berlatar tentang puak jahat yang telah mengharamkan orang kampung dari membina dan masak demi mengekalkan hidup yang sejahtera. Kini pemain harus menyelamatkan hidup orang kampung dari puak jahat durjana ini membunuh mereka!

Pelbagai fungsi baru yang amat menarik telah ditambahkan kepada sekuel ini ke dalam Dragon Quest Builder 2 (DQB 2), membuatkan ia jauh lebih syok dari siri pertamanya!

Menyelam dan terbang!

Banyak kali penulis dahulu cuba untuk merentas laut untuk sampai ke seberang tetapi asyik mati lemas sahaja! Sekarang siap boleh jalan jalan di bawah permukaan laut untuk merentasi sempadan. Pemain juga boleh terbang ‘gliding’ dari puncak gunung ke tanah atau laut!

Bermain secara online dan offline bersama 4 orang sekali jalan!

Kali ini siap boleh ajak member bermain sekali secara online! Taklah susah nak melawan boss atau kumpulan raksasa apabila tengah jalan membuat quest.

Berkebun dan menanam untuk mengumpul makanan

Dah macam Harvest Moon pula bila tengok! Sekarang boleh bercucuk tanam untuk mengumpul makanan supaya orang kampung boleh tolong petik dan masak untuk semua orang dalam rumah tersebut! Lagi banyak, lagi ramai, lagi meriah!

Monster, kereta mobil dan pelampung air pun boleh naik!

Dulu takat bina trek dan menaiki wagon untuk sampai ke bahagian rumah yang jauh, sekarang ada banyak pilihan untuk bersiar-siar bersama kawan untuk rileks di rumah atau mengembara.

Kombat Kombo bersama NPC

Dulu hanya boleh membawa orang kampung untuk teman grinding sekali, kali ini siap boleh buat kombo lawan pula. Selain itu, NPC juga boleh tumpang mengembara walaupun terbang atau menaiki mobil.

JomKomen!