Pencipta siri Dragon Quest telah mengumumkan berita ini.

Dragon Quest 11: Echoes of an Elusive Age telah diumumkan akan tiba ke pasaran antarabangsa oleh Yuji Horii, pencipta siri ini. Menurut beliau, Dragon Quest 11 kini dalam proses alih bahasa dan akan menyokong 5 jenis bahasa.

Walaupun tidak menyatakan bila tarikh tepat Dragon Quest 11 akan menemui pasaran antarabangsa, kita kini tahu ianya dijadualkan sekitar hujung tahun 2018.

Berikut adalah video dari Yuji Horii jika korang ingin melihatnya.

Dragon Quest 11: Echoes of an Elusive Age kini sudah boleh didapati untuk pasaran Jepun untuk PlayStation 4 dan Nintendo 3DS.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.