Bandai Namco mengeluarkan kenyataan dengan bangganya mengumumkan bahawa Dragon Ball FighterZ yang mana telah dilancarkan pada minggu lepas merupakan game Dragon Ball yang paling pantas terjual.
Pasukan yang menghasilkan game fighting anime, Arc System Works, mengeluarkannya pujian itu ke seluruh dunia. Game itu sudah mula dipasarkan dan dijual dalam bentuk digital dengan terjual lebih dari 2 juta unit.
Lebih mengejutkan apabila game tersebut masih belum dilancarkan di Jepun. Jika dilancarkan pada hari ini, pasti Bandai Namco akan mengaut lebih banyak keuntungan. Perlu ditekankan juga bahawa, seperti game Tekken 7 sebelum ini, Dragon Ball FighterZ ialah salah satu daripada game fighting yang boleh didapati pada ketiga-tiga platform PS4, Xbox One dan PC.
Sumber: Destructoid
Comments
Loading…