Nampaknya kita semua akan masuk semula ke dalam dunia Dragon Ball Z lebih awal daripada yang dijangka!

Bandai Namco baru sahaja mendedahkan pelbagai info terbaru untuk game fighting mereka akan datang, Dragon Ball FighterZ. Tarikh pelancaran baru, sesi open beta, season pass dan lebih banyak info tentang single-player dan multiplayer didedahkan.

Bandai Namco telah mengumumkan bahawa Dragon Ball FighterZ akan dilancarkan di PC, PS4 dan Xbox One pada 26 Januari 2018, iaitu kira-kira sebulan lebi awal daripada apa yang jadualkan sebelum ini.

Sesi open beta untuk game ini pula akan diadakan pada bulan yang sama, iaitu pada Januari 2018. Tarikh tepat bilakah ia akan berlangsung masih belum diumumkan.

Selain itu, mereka mendedahkan bahawa story campaign game ini bakal menampilkan tiga bahagian, yang mana setiap satunya membawakan perspektif berbeza. Ia termasuklah Super Warriors Arc daripada perspektif Saiyan, Super Villain Arc daripada perspektif musuh, dan Android Arc daripada perspektif Android.

Bandai Namco turut berkongsi info tentang multiplayer. Dalam mode Circle Match, sehingga 8 orang pemain boleh berlawan antara satu sama lain, tetapi apa yang menarik adalah hanya 4 perlawanan boleh dimainkan dalam satu-satu masa. Mode World Match pula akan membawakan kepada para pemain perlawanan casual dan ranked.

Akhir sekali, mereka mendedahkan tentang season pass. Pemilik season pass akan memperoleh 8 karakter baru. Manakala, untuk mereka yang melakukan pre-order untuk game ini secara digital, mereka dibenarkan untuk bermain sesi open beta dengan lebih awal.

Sekali lagi, Dragon Ball FighterZ akan dilancarkan di PC, PS4 dan Xbox One pada 26 Januari 2018.

JomBaca: Banyak Screenshots Baru Untuk Story Mode Dalam Dragon Ball FighterZ Didedahkan Bandai Namco

JomKomen!