in ,

Dragon Age Pula Dilaporkan Sedang Dibikin Untuk Siri TV Oleh Netflix

Netflix kelihatan begitu garang dalam mengadaptasi kandungan-kandungan yang berkaitan gaming kepada siri televisyen. Baru sahaja semalam kita mendengar tentang laporan mengenai Netflix sedang membangunkan siri aksi-nyata (live-action) Pokemon.

Kini, muncul satu lagi laporan yang mengatakan syarikat penstriman gergasi itu sedang mengadaptasi pula francais game yang cukup popular dari BioWare, iaitu Dragon Age menjadi siri televisyen.

Laporan ini hadir dari Giant Freakin Robot, yang katanya memetik dari ‘sumber diyakininya dan terbukti’. Siri itu dikatakan berada dalam pembangunan aktif. Selain butiran ringkas ini, tiada info lanjut yang didedahkan. Apakah siri itu merupakan aksi-nyata (live-action) atau animasi, juga tidak dikongsikan.

Apa-apa pun, ia masih dalam status khabar angin selagi ia belum diumumkan secara rasmi. Maka, jangan terlalu meletakkan harapan.

Sekiranya laporan ini benar, latar masa dan jalan cerita yang bagaimana ingin korang saksikan dalam siri ini?

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Sony Hadiahkan Pelakon The Last of Us HBO PS5 Untuk Lebih Mendalami Watak

Ragnarok X: Next Generation Lancarkan Acara Guild Wars Di Asia Tenggara, Pertempuran Setiap Hari Sabtu