in , , , , ,

Dr. Ian Malcolm Akan Sentiasa Bersama Anda Dalam Jurassic World Evolution

Setiap yang bernyawa… sentiasa mencari jalan kehidupan.

Jeff Goldblum akan kembali sebagai Dr. Ian Malcolm dalam game simulasi pengurusan taman tema dinosaur akan datang berjudul Jurassic World Evolution.

Berita ini sendiri disampaikan oleh empunya badan sendiri melalui video yang dimuatnaik melalui saluran rasmi Jurassic World Evolution di YouTube. Anda boleh tonton di bawah:

Goldblum berkata, “Saya sentiasa berada di samping anda sepanjang game ini sebagai Dr. Ian Malcolm. Itulah watak yang saya lakonkan dalam filem-filem Jurassic Park.”

Beliau juga amat mengesyorkan Jurassic World Evolution kepada pemain dengan memberikan penilaian 10 Goldblums daripada 10 Goldblums iaitu penilaian tertinggi Goldblum pernah berikan.

Untuk game ini, pemain boleh membina dan mengurus taman tema mereka tersendiri lengkap dengan pelbagai spesies dinosaur baru, tarikan taman tema yang mengasyikkan serta melihat bagaimana dinosaur ini beraksi di taman tema anda seperti dalam filem Jurassic Park.

Jika anda ingin tahu lebih lanjut tentang Jurassic World Evolution, saksikan video persembahan oleh pembangun game mengenai intipati pembinaan teman tema dinosaur.

Jurassic World Evolution akan dikeluarkan seiring dengan ketibaan filem Jurassic World: Fallen Kingdom pada tahun 2018 untuk PC, PS4 dan Xbox One.

Written by Intan Zarthana

Peminat besar Dragon Age, The Last of Us dan Uncharted. Sukakan game yang ada jalan cerita yang bagus.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Dapatkah Filem Tomb Raider Memecah Sumpahan Buruk Filem Video Game?

Ketua Xbox Mahukan Cross-Play PS4-Xbox One, Epic Games Pun Sokong