in ,

Dr Disrespect Tubuhkan Studio Pembangunan Game, Sedang Bikin ‘Battle Royale Yang Vertikal’

Streamer tersohor, Guy Beahm atau lebih dikenali sebagai Dr Disrespect, telah mengesahkan yang beliau kini sedang dalam proses untuk menubuhkan sebuah studio pembangunan video game.

Dalam kenyataannya di laman web rasminya, Dr Disrespect telah mengumumkan sedang mencari seorang individu yang bakal bertanggungjawab mengetuai studio tersebut — mampu menguruskan studio itu serta membangunkan dan menerbitkan game untuk PC dan konsol.

“Dr Disrespect kini dalam kerjasama dengan BoomTV untuk menggegarkan industri game dan memulakan sebuah studio gaming AA/AAA yang memiliki kejutan yang unik,” kata kenyataan itu. “Studio ini merancang untuk menjalan kerjasama dengan beberapa pempengaruh besar terpilih dan kemudian bekerja rapat dengan mereka untuk melancarkan judul gaming impian mereka.”

Dr Disrespect turut mengatakan yang game-game yang akan diterbitkan dari kerjasama ini sama ada dibangunkan sendiri atau dibangunkan bersama melalui kerjasama dengan beberapa pembangun game indie, kemudian melancarkannya secara besar-besaran.

Dalam livestream-nya semalam, Dr Disrespect ada memperlihatkan sedikit seni konsep untuk game yang sedang beliau bangunkan. Nama sementara yang dipanggil buat masa ini hanya ‘Vertical BR’.

Seperti yang tertera dalam nama panggilan sementara itu, ia merupakan sebuah game bergenre battle royale yang memfokuskan kepada aksi berbentuk vertikal. Kita dapat lihat dalam dua gambar seni konsep ini di mana ia memperlihatkan sebuah bangunan berapi yang mempunyai banyak tingkat dan gambar kedua pula memaparkan seseorang sudah berada di tingkat teratas atau bumbung bangunan itu.

Menurut Dexerto, dua gambar seni konsep ini dapat kita kaitkan semula dengan idea battle royale yang pernah diperkatakan Dr Disrespect sejak beberapa tahun lalu. Beliau pernah berkata tentang sebuah game battle royale di mana terdapat api yang bermula dari bawah bangunan dan akan menaik ke tingkat paling atas. Para pemain akan bergelut untuk terus sampai ke bumbung dan berusaha untuk menyelamatkan diri melalui beberapa pintu keluar.

Konsep battle royale yang vertikal ini sememangnya menarik. Malah, pada tahun 2018, JomGaming juga pernah mengutarakan idea yang sama. Korang boleh bacanya di sini, di mana kami berpendapat filem produksi Indonesia, The Raid Redemption mampu menjadi inspirasi kepada sebuah mode battle royale dalam Rainbow Six Siege.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Ciri Haptic Feedback Dalam Controller PS5, DualSense Sebenarnya Diinspirasi Daripada Peranti Mobile

FIFA 22 Akan Membenarkan Pemain Tutup ‘Celebration’ Pihak Lawan