Streamer tersohor Guy Beahm atau lebih dikenali sebagai Dr Disrespect kini telah kembali untuk mengadakan sesi livestream selepas telah diharamkan di Twitch pada Jun lalu tanpa diberi sebarang notis.
Beliau kembali mengubat rindu para peminat di platform Youtube, walau bagaimanapun menurut IGN, kehadirannya ke Youtube bukanlah secara eksklusif. Bermakna Dr Disrespect masih boleh mengadakan livestream di mana-mana platform secara bebas, buat masa ini.
Setelah membiarkan sahaja channel Youtubenya bersiaran secara langsung selama 24 tanpa bermain apa-apa, beliau akhirnya bermain game. Ia terus mengumpulkan penonton serentak seramai 400,000 orang, dan dalam masa hanya kira-kira setengah jam, ia hampir mencecah 500,000 penonton serentak.
Sehingga kini, seperti yang dinyatakan sebelum ini, Dr Disrespect masih belum mengetahui mengapakah beliau telah diharamkan dari Twitch.
Comments
Loading…