in

Dr Disrespect Akhirnya Keluarkan Kenyataan, Tapi Twitch Masih Membisu

Ada satu berita gaming yang paling hangat dibualkan sejak sehari dua ini — iaitu tentang pengharaman secara tiba-tiba Guy Beahm atau lebih dikenali sebagai Dr Disrespect daripada melakukan streaming di platform Twitch.

Setelah berjam-jam menantikan kenyataan daripada beliau sendiri, Dr Disrespect telah mengeluarkan satu tweet bagi mengucapkan terima kasih kepada para peminatnya, atau yang beliau gelarkan sebagai ‘Champions Club’, atas sokongan yang terus-menerus diberikan kepadanya.

Tweet tersebut turut mendedahkan apa yang kita ketahui sejak dua hari lalu, masih lagi kekal tanpa sebarang perkembangan baharu. Dr Disrespect mendedahkan bahawa beliau sendiri masih belum dimaklumkan oleh Twitch apakah sebab beliau diharamkan daripada platform itu.

https://twitter.com/drdisrespect/status/1277060051744591872?s=20

Selain Dr Disrespect, isterinya yang dikenali sebagai ‘Mrs Assassin’ turut mengucapkan penghargaan kepada para peminat suaminya yang sentiasa memberikan sokongan kepadanya.

Dalam laporan sebelum ini, kami menyatakan yang ada beberapa sumber yang mengatakan pengharaman ini adalah kekal. Apa yang paling menjadi misteri ialah pihak Twitch tidak menyatakan apakah sebab pengharaman ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Boleh Jadi The Witcher Seterusnya Akan Fokus Kepada Kisah Ciri, Acah Penulis CD Projekt Red

Cyberpunk 2077: Ada Easter Egg The Witcher 3 Dalam Prolog Awal

Hideo Kojima Mengacah Tentang Rekaan Awal Game Baru - Sekuel Death Stranding?

Hideo Kojima Mengacah Tentang Rekaan Awal Game Baru – Sekuel Death Stranding?