Dibangunkan oleh sekumpulan peminat yang berdedikasi menggunakan enjin grafik Unreal Engine 4.

Setelah beberapa ketika dalam proses penyiapan, akhirnya sebahagian daripada projek imiginasi semula Tomb Raider 2: The Dagger of Xian sudah boleh dimuat-turun sekarang.

Demo yang dibangunkan oleh Nicobass serta pasukannya ini akan memberikan peluang kepada peminat-peminat siri Tomb Raider untuk menikmati level yang dikenali sebagai The Great Wall.

Demo Tomb Raider 2: The Dagger of Xian boleh dimuat-turun disini dan berikut adalah spesifikasi minimum baginya:

  • Windows 7 x64
  • Grafik kad yang bersesuaian dengan DirectX 11
  • 4GB RAM
  • 6GB ruang hard disk (1.8GB saiz muat-turun)

Apa yang lebih menarik, projek ini adalah antara projek yang dibangunkan oleh peminat dan telah mendapat restu daripada Square Enix dan Crystal Dynamics. Malah Crystal Dynamics juga telah membantu membekalkan SFX bagi projek ini.

Ini sememangnya memberikan nafas segar dalam isu projek peminat yang biasanya dihalang oleh penerbit dan studio.

JomKomen!