Pada 12 Mac 2018, Valve telah mengeluarkan kemaskini sebesar 1.2GB yang menunjukkan kandungan baru untuk Dota 2. Mereka memperkenalkan langganan Dota Plus yang membolehkan seseorang pemain merekodkan perkembangan mereka apabila bermain.
Dota Plus memperkenalkan pelbagai kemudahan untuk pemain melihat dan memerhati perkembangan mereka dalam game dengan hero yang digunakan. Kelebihan ini juga akan menunjukkan kekerapan seseorang pemain menggunakan hero mereka yang akan ditunjukkan pada semua orang awam.
WELCOMING QUEST

Welcoming Quest kepada pelanggan baru Dota Plus akan memberi lebih kurang 21,600 shards pada mulanya apabila melengkapkan 3 part welcoming quest untuk memilih relic atau set yang ingin ditebus di tab Plus Rewards. Set yang dijual akan berubah mengikut kemaskini yang akan datang.
Ada sesetengah pemain yang tidak berpuas hati kerana ia menjual set-set yang lama dan tak banyak yang baru.
Rewards yang dapat ditebusi adalah daripada Exclusive (New Hero Sets), Legacy (Returning Hero Set) atau Hero Relics (State Your Stats).

HERO SUGGESTIONS ASSISTANT
Kemudahan ini akan menganalisis hero apa yang lebih padan untuk digunakan supaya mengenal pasti kemenangan pada game tersebut. Mereka akan menunjukkan satu peratusan data yang menunjukkan jika hero ini sesuai berada sama ada di Safe, Mid atau Offlane. Dota 2 mengesahkan ketetapan laning phase adalah berdasarkan daripada data kemenangan badge globally.

Selain itu, mereka meletakkan satu progression tab kepada hero yang kerap digunakan untuk memastikan rekod hero itu lebih padu atau tidak. Dota Plus juga memberikan quest yang seperti dalam Battle Pass untuk pemain mendapatkan shards. Mengumpul shards ini akan unlock relic yang boleh menentukan rekod hero mereka.


BATTLE CUP
Kemaskini baru ini juga telah mengembalikan battle cup untuk kipas-susah-mati Dota yang selalu ingin memasuki tournament kecil region base. Ini memberi peluang untuk pemain mengakses Battle Cup lebih awal sebelum Battle Pass TI8 yang akan datang.
HERO TIER LEVEL & HERO BADGE
Dota Plus juga telah meletakkan Hero Badge untuk pengetahuan awam bahawa ini adalah hero yang kerap digunakan oleh seseorang untuk bermain. Orang awam semasa Normal atau Ranked match akan melihat hero badge seseorang player apabila keluar pada VS loading screen. Hero badge mempunyai 5 tier level badge. Bronze Tier > Silver Tier > Gold Tier > Platinum Tier > Master Tier. Setiap tier akan unlock special perks.

Kepada pelanggan Apple Music atau Spotify Premium, korang tiadak masalah kot kalau nak langgan Dota Plus pada harga RM17, ya tak?
Sekilas pandang, penulis merasakan tak berbaloi bagi casual players untuk mendapatkan Dota Plus. Tapi untuk orang yang kerap main dan ingin tahu perkembangan kegunaan hero mereka, bolehlah langgan dengan harga RM17 sebulan, RM94 untuk 6 bulan atau RM 177 setahun. Haaaa, mai pilih. Kalau ambil setahun itu, diskaun RM27, boleh beli prepaid topup tuu.
Apa pandangan korang pula dengan Dota Plus ini?
Comments
Loading…