in , ,

DOTA: Dragon’s Blood Berada Dalam Top 4 Di Netflix Malaysia

DOTA: Dragon’s Blood telahpun mulakan penstrimannya di Netflix pada Khamis lalu, dan ia nampaknya telah menarik ramai penonton, terutamanya peminat tempatan.

Siri anime yang mempunyai lapan episod itu berada di kedudukan keempat dalam senarai 10 kandungan paling popular kini di Malaysia sejak semalam. Rata-rata memuji siri adaptasi dari video game popular terbitan Valve ini, malah ketika artikel ini ditulis, siri ini berjaya mengumpulkan markah setinggi 8.6/10 di IMDB.

DOTA: Dragon’s Blood mengisahkan Davion, Dragon Knight tersohor yang bertekad untuk menghapuskan kesengsaraan dari muka bumi. Apabila bertembung dengan puteri mulia purba bernama Mirana yang dalam misinya tersendiri, karakter Dota 2 ini akan terlibat dengan peristiwa-peristiwa lebih besar yang tidak pernah beliau bayangkan.

Pelakon suara untuk Davion ialah Yuri Lowenthal, iaitu pelakon suara untuk Peter Parker dalam Marvel’s Spider-Man yang dibangunkan Insomniac Games.

Siri anime ini dibikin oleh Studio MIR, Ashely Edward Miller (X-Men: First Class, Thor and Black Sails) sebagai penulis dan penerbit eksekutif serta Ryu Ki Hyun sebagai penerbit eksekutif-bersama.

Sudahkah korang menontonnya? Suka dengan apa yang mereka sajikan?

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

THQ Nordic Umumkan We Are Football – Cuba Jadi Pesaing Football Manager

Stok PS5 Terkesan Dengan Insiden Terusan Suez – Tapi Mungkin Berita Baik Untuk Pasaran Asia?