in , , , ,

DotA 2: The International 2016 (TI6) Sudah Ada Tarikh?

dota-2-ti6-001

Bersiap sedia wahai dotatarian-dotarian sekalian. The International 2016 (TI6) akan tiba tak lama lagi!

dota-2-ti6-003

Nampaknya pertandingan besar yang paling ditunggu-tunggu oleh peminat DotA 2 dunia akan tiba tak lama lagi. Pertandingan untuk menentukan siapa yang akan bergelar juara dan pasukan terhebat di dunia.

The International 2016 (TI6) akan berlangsung pada 8-13 Ogos 2016 dan bertempat di KeyArena Seattle, Amerika Syarikat. Peringkat kelayakan terbuka akan bermula pada 21 Jun 2016 sejurus tamat Manila Major 2016.

Jualan tiket akan dibuka pada 7 April ini dan terdapat 2 jenis tiket yang akan dijual:

  • RM 285 – merangkumi pertandingan peringkat kumpulan sehingga peringkat kalah mati dari 8-11 Ogos 2016 , majlis pembukaan dan juga perlawanan All-Star.
  • RM 380 – merangkumi semua di atas dan juga tambahan 2 hari untuk Main Event iaitu pada 12-13 Ogos 2016.

Bagi mereka yang berhajat untuk ke Seattle Amerika Syarikat untuk menyaksikan lebih dekat lagi pertandingan The International 2016 (TI6) boleh dapatkan tiket-tiket dan juga maklumat untuk pertandingan ini di sini.

ADIOS!

Written by Hans Yusoff

Lebih dikenali dengan panggil Abah, beliau seorang peminat setia Dota 2, dan bercita-cita tinggi untuk mempunyai sebuah pasukan DotA satu hari nanti.

Juga meminati game bergenrekan FPS dan juga RPG. Jika tidak bermain game beliau adalah seorang Abah yang penyayang.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

HyperX Cloud Revolver: Headset Gaming Terbaru Dari Kingston

Alibaba Akan Menganjurkan Pertandingan Esports?