in , , , ,

DotA 2: Persiapkan Diri Korang Untuk Manila Major 2016!

dota-2-manila-major-001

Masih lagi mahu menyaksikan pasukan terbaik dunia beraksi merebut trofi kemenangan di dalam DotA 2?

Manila Major 2016 pula akan menyusul setelah tamatnya Shanghai Major 2016 baru-baru ini. Bertempat di Mall Of Asia Arena, Manila, Philipina, pertandingan ini bermula pada 7 Jun 2016.

Menawarkan hadiah terkumpul sebanyak USD 3,000,000 bakal menyaksikan pasukan terbaik dunia sekali lagi berentap bagi merebut bukan sahaja trofi malah menjadi antara yang terbaik diseluruh dunia.

dota-2-manila-major-002

Pertandingan kali ini ditaja oleh PGL – sebuah syarikat dari eropah yang menpunyai banyak pengalaman di dalam pertandingan CSGO dan juga penganjur Dreamhack.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan tiket menyaksikan Manila Major 2016 boleh dapatkannya di STEAM.

ADIOS!!

Written by Hans Yusoff

Lebih dikenali dengan panggil Abah, beliau seorang peminat setia Dota 2, dan bercita-cita tinggi untuk mempunyai sebuah pasukan DotA satu hari nanti.

Juga meminati game bergenrekan FPS dan juga RPG. Jika tidak bermain game beliau adalah seorang Abah yang penyayang.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Naughty Dog Lancarkan Siri Video Di Balik Tabir Uncharted 4

Dark Souls 3: 60 FPS Untuk Edisi PC