in , , , , ,

DotA 2: Perebutan 2 Slot Terakhir Untuk 16 Pasukan Terbaik The International 2016!

isu-visa-dota-2-001

Esok bersamaan dengan 2 Ogos 2016, The International 2016 (TI6) akan membuka tirai kejohanannya.

JomBaca: DotA 2: The International 2016 (TI6) Sudah Ada Tarikh?

wild-card-ti6-001

The International 2016 akan dimulakan dengan pusingan Wild Card, di mana 4 pasukan yang layak akan bertarung untuk menduduki 2 tempat teratas, dan membolehkan mereka mengambil 2 slot terakhir untuk ke 16 pasukan terbaik sekaligus beraksi pada peringkat kumpulan.

Perlawanan akan dijalankan secara double-elimination bracket dan secara best-0f-3, ini bermakna setiap pasukan akan mempunyai 2 peluang, dan jika kalah kali kedua, ini bermakna peluang mereka terus terkubur.

 

wild-card-ti6-002

Jika dilihat pada pasukan yang bertanding, mungkin ramai beranggapan bahawa EHOME dan juga compLexity merupakan pasukan pilihan dan tidak akan menghadapi masalah untuk melayakkan diri mereka ke peringkat kumpulan.

Namun begitu jangan mengambil mudah ancaman dari Execration dan juga Escape Gaming, kerana pasukan underdog inilah yang selalu mencipta kejutan dengan menyingkirkan pasukan-pasukan yang kononnya mempunyai kelebihan di dalam sesuatu kejohanan.

Jadi, pasukan mana yang akan layak? Adakah pasukan pilihan akan layak ataupun kejutan demi kejutan akan berlaku di peringkat Wild Card ini? Sama-sama kita nantikan esok!

ADIOS!

Written by Hans Yusoff

Lebih dikenali dengan panggil Abah, beliau seorang peminat setia Dota 2, dan bercita-cita tinggi untuk mempunyai sebuah pasukan DotA satu hari nanti.

Juga meminati game bergenrekan FPS dan juga RPG. Jika tidak bermain game beliau adalah seorang Abah yang penyayang.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

3 Features Terbaru Di Fundeavour Ini Akan Membuat Jiwa Gamer Anda Bergetar!

ABZU: Pengembaraan Misteri Ke Dasar Lautan