dota-2-fnatic-2016

Shanghai Major 2016 baru sahaja melabuhkan tirai dan terdapat berita panas bahawa pemain Fnatic iaitu Dj akan keluar dari Fnatic untuk menyertai Rave.

Namun begitu semua spekulasi ini terjawab apabila pengurus Fnatic¬†Eric “Reinnnn” Khor melalui Twitter beliau telah mengesahkan bahawa tidak akan berlaku sebarang perubahan pemain untuk team Fnatic sehingga The International 2016 (TI6).

Pasukan Fnatic yang terdiri daripada Mushi, Ohaiyo, Net, Dj dan juga MidOne telah melakukan kejutan pada Shanghai Major apabila berjaya menewaskan juara Frankurt Major iaitu Team OG dan seterusnya menempatkan diri di antara 6 pasukan terbaik seluruh dunia.

Penulis berharap pasukan Fnatic dapat mengekalkan line-up mereka dan terus membuktikan yang mereka mampu berdiri setanding dengan jaguh-jaguh yang lain.

ADIOS!!

JomKomen!