in

DotA 2 Nanyang Championship: Johan Milik Team Secret

dota-2-mini-tournament-001

Hola!! Gamers, pada 1 November yang lepas telah berlangsung satu perlawanan Grand Final yang sengit untuk DotA 2 Nanyang Championship.

dota2-nanyang-champion-001
Team Secret bersama trofi kemenangan

Tahniah di ucapkan kepada Team Secret kerana telah berjaya menjadi johan setelah berhempas pulas menewaskan team dari China iaitu Vici Gaming (VG).

Bertempat di Singapura, pertandingan ini telah berlangsung selama 7 hari dan dimainkan secara group stage. Sebanyak 10 team yang bertanding dan setelah bertarung dan berhempas pulas akhirnya Team Secret yang di anggotai oleh Puppey, W33haa, Misery, PieLieDie dan EnternalEnvy akhirnya menjadi juara dan membawa pulang trofi dan juga wang tunai sebanyak USD 200,000.

dota_003

Apa-apa pun, kita juga mengucapkan tahniah kepada wakil dari Malaysia iaitu Fnatic yang terkandas di peringkat separuh akhir. Mereka juga telah melakukan sehabis baik namun di halang oleh Team Secret pada peringkat separuh akhir.

So pada mereka yang terlepas perlawanan menarik antara Team Secret dan juga Vici Gaming, jom layan sedikit sedutan rangkuman perlawanan grand final meraka:

https://www.youtube.com/watch?v=g5kh7H83U00

 

ADIOS!!

 

Written by Hans Yusoff

Lebih dikenali dengan panggil Abah, beliau seorang peminat setia Dota 2, dan bercita-cita tinggi untuk mempunyai sebuah pasukan DotA satu hari nanti.

Juga meminati game bergenrekan FPS dan juga RPG. Jika tidak bermain game beliau adalah seorang Abah yang penyayang.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Playstation VR: Lebih 50 Games Confirmed, Jom Tengok Semua Video Trailer!

The Malaya Guardians: Clan Bersemangat Patriotik & Bergelak Tawa!