dota-shanghai-major-001

Harapan peminat-peminat DotA 2 tanah air untuk melihat kumpulan dari Malaysia iaitu Fnatic untuk merangkul kejuaraan terkubur.

Nasib tidak menyebelahi pasukan Fnatic apabila terkandas di pusingan suku akhir apabila tewas kepada pasukan MVP Phoenix dengan mata 2-0.

dota-shanghai-major-003
Pasukan Fnatic berjaya menduduki tempat ke-6

Walaupun tewas, kita harus berasa bangga kerana Fnatic berjaya menempatkan diri di kelompok 6 pasukan terbaik dunia bagi kejuaraan kali ini. Fnatic berjaya menempuh halangan yang besar dengan mencipta kejutan apabila berjaya menewaskan juara bagi Frankurt Major iaitu pasukan OG.

dota-MVP-001
Pasukan MVP Phoenix

Walaupun ramai yang meragui kebolehan pasukan Fnatic ini, namun mereka telah membuktikan dengan menduduki tempat ke-6 sekaligus membawa pulang wang tunai sebanyak RM 848,000.

Apa kata kita tengok sedikit sedutan perlawanan di antara Fnatic menentang MVP Phoenix:

Perlawanan Pertama

Perlawanan Kedua

Apapun kami di JomGaming mengucapkan setinggi tahniah kepada pasukan Fnatic yang berjaya menempatkan diri di kedudukan 6 pasukan terbaik pada Shanghai Major kali ini.

ADIOS!!

JomKomen!