Teka-teki siapa yang bakal menyambar slot kedua bagi pusingan kelayakan peringkat Asia Tenggara sudah pun terjawab.
Fnatic jelas tidak mensia-siakan peluang kedua apabila menewaskan pasukan dari Filipina iaitu Execration pada perlawanan akhir kelayakan Asia Tenggara dengan kemenangan 3-1.
Perlawanan akhir yang berlangsung secara BO5 (best of 5) ini menyaksikan dominasi dari pasukan Fnatic yang mendahului 2-0, Execration kemudian merapatkan jurang 2-1, namun Fnatic tidak mahu memanjangkan perlawanan dengan mencari kemenangan ketiga sekaligus menempah tiket ke The International 2016.
JomBaca: DotA 2: TnC Gaming Kejutkan Fnatic, Team Secret Dan EG Tepati Ramalan!
Walaupun tewas, Execration masih mampu ke The International 2016 dan masih berpeluang apabila layak untuk beraksi pada kelayakan Wild Card.
Jom layan sedikit sedutan perlawanan akhir kelayakan peringkat Asia Tenggara:
Fnatic VS Execration (Game 1)
https://www.youtube.com/watch?v=-PMoRguinB4
Fnatic VS Execration (Game 2)
https://www.youtube.com/watch?v=LOnaAIaJSpc
Fnatic VS Execration (Game 3)
https://www.youtube.com/watch?v=hxPkgor9nf4
Fnatic VS Execration (Game 4)
https://www.youtube.com/watch?v=jDOEopwNhec
Sementara itu, lain ceritanya pula bagi peringkat kelayakan China apabila juara ESL Manila 2016 iaitu Wings Gaming mengejutkan nama-nama besar di China apabila menjadi pasukan pertama yang layak bagi kelayakan China.
Manakala slot kedua pula masih menanti di antara 3 pasukan ini iaitu EHOME, VG Reborn dan juga Vici Gaming yang akan bertarung bagi merebut tiket ke The International 2016 nanti.
JomBaca: DotA 2: Battle Pass Untuk The International 2016 Sudah Mula Dijual!
ADIOS!
Comments
Loading…