in , , , ,

DotA 2: Battle Pass Untuk The International 2016 Sudah Mula Dijual!

dota-2-battlepass-001

Debaran peminat-peminat DotA 2 menantikan upacara kemuncak iaitu The International 2016 semakin terasa.

dota-2-battlepass-002

Bagi peminat-peminat DotA 2 yang mempunyai akaun Steam, korang sudah boleh mula membeli Battle Pass ini di Steam dengan harga RM 39.00.

Di dalam Battle Pass ini korang akan dapat juga The International 2016 Compendium, yang merupakan buku kecil yang akan memaparkan profile pasukan yang akan bertanding, prediction yang korang boleh lakukan dan bermacam-macam lagi.

JomBaca: DotA 2: The International 2016 (TI6) Sudah Ada Tarikh?

Sebanyak 25% daripada hasil jualan Battle Pass ini akan dimasukkan ke dalam prize pool yang akan menentukan hadiah wang tunai terkumpul yang akan dipertaruhkan pada kejohanan kali ini.

Jom kita tengok apa yang korang akan dapat jika membeli Battle Pass ini:

  • 3x Immortal treasures – Tier I
  • Hero Taunt
  • Weather Effect
  • Music Pack
  • Cursor Pack
  • Evolving Ward
  • Emotion Pack
  • Evolving Courier (Onibi)
  • HUD
  • Loading Screen
  • Effigy Block
  • Announcer Pack

The International 2016 (TI6) – kejohanan terbesar di dalam arena DotA 2 akan berlangsung pada 8-13 Ogos 2016 dan bertempat di KeyArena Seattle, Amerika Syarikat.

ADIOS!!

Written by Hans Yusoff

Lebih dikenali dengan panggil Abah, beliau seorang peminat setia Dota 2, dan bercita-cita tinggi untuk mempunyai sebuah pasukan DotA satu hari nanti.

Juga meminati game bergenrekan FPS dan juga RPG. Jika tidak bermain game beliau adalah seorang Abah yang penyayang.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Shadow Of The Beast: Bangkit Dari Perhambaan dan Mengganas Sebagai Pahlawan!

Daigo Umehara Kini Di Bawah Naungan Red Bull!