in , , , ,

Doomfist Mungkin Bukan Hero Terbaru Seterusnya Dalam Overwatch, Pengarah Mula Beri Petunjuk

Kalau bukan Doomfist, apa pula Hero yang akan dikeluarkan dalam Overwatch seterusnya?

Overwatch kini memiliki 23 Hero yang boleh dimainkan. Sejak kali terakhir Hero baru dikeluarkan, iaitu Sombra, para peminat sudah mula resah gelisah menantikan Hero ke-24 yang bakal ditampilkan dalam game ini.

Seorang pemain telah bertanyakan di forum rasmi Overwatch tentang mengapakah animasi dan emote yang sedang Blizzard cipta mengambil masa yang lama untuk disiapkan. Jeff Kaplan, pengarah game ini telah membalas pertanyaan itu dengan mengatakan mereka mempunyai banyak Hero yang sedang mereka usahakan.

Kemudian, seorang lagi pemain cuba mengusik Kaplan dengan mengatakan Kaplan boleh menyenaraikan kesemua Hero yang Blizzard sedang usahakan itu di forum ini, dan beliau berjanji tidak memberitahu sesiapa.

Jawab Kaplan, “24 adalah bukan apa yang kalian jangkakan selama ini.”

Kenyataan ini nampaknya boleh dikatakan satu info terbaru yang agak signifikan, memandangkan para peminat selama ini telah menjangkakan bahawa Hero seterusnya yang akan dibawakan ke dalam Overwatch adalah Doomfist. Walau bagaimanapun, Kaplan juga tidak mendedahkan lebih lanjut tentang perkara ini – bermakna harapan untuk kita melihat Doomfist sebagai Hero seterusnya dalam Overwatch masih belum berkubur.

Doomfist sebelum ini telah mendapat perhatian yang sangat tinggi, lebih-lebih lagi apabila pelakon terkemuka Hollywood, Terry Crews kelihatan sangat berminat untuk melakonkan suara Doomfist, seterusnya beliau turut telah melawat studio Blizzard bagi menaikkan kempennya.

Hasrat Crews ini juga mendapat sokongan Dwayne ‘The Rock’ Johnson, serta Terry Crews sendiri telah melakukan “ujibakat” dan bacaan skrip dialog bagi Doomfist. Menambah rencah kepada spekulasi ini, nama beliau telah tersenarai sebagai pelakon suara Doomfist di dalam IMDB beliau.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Korang Dah Register User ID Nintendo Bagi Nintendo Switch Nanti?

Tarikh Pelancaran NieR: Automata Di PC Diumumkan, 3 Hari Selepas Pelancaran Di PS4