Doom Reborn - Tonton 46 Minit Gameplay Doom Asal Yang Dikuasakan Enjin Id Tech 4

Doom Reborn membawakan grafik dari game Doom 1 dan Doom 2 ke grafik enjin Id Tech 4 yang pernah dikuasakan pada game Doom 3.

Tujuan utama Doom Reborn ialah untuk menggunakan enjin Id Tech 4 kepada game asal Doom 1 dan Doom 2. Menurut kenyataannya di laman web ModDB, korang tidak lagi perlukan game Doom 3 untuk mainkan mod ini. Sebaliknya, korang boleh terus muat-turun dan mainkannya dengan saiz muat turun sebesar 1.3 GB.

Walau bagaimanapun, mod ini masih ada hadnya. Korang tidak boleh save atau load semula gameplay yang korang sudah main.

Kemaskini 1.65 meningkatkan kualiti visual mod ini. Doom Reborn akan terus dikemaskini oleh modders dari semasa ke semasa untuk sebarang penambahbaikan. Korang boleh muat-turun Doom Reborn di sini.

Sumber: PCGamer

JomKomen!