in , , ,

Doom: Open Beta & DLC Diumumkan!

Tertutuplah tirai closed beta untuk Doom tempoh hari. Tidak lama lagi, para gamers berpeluang mencuba Doom melalui open beta pula!

Bila open beta ini akan berlangsung? Ia akan bermula pada 15 April (12.00 pm) dan berakhir pada 17 April (12.00 pm).

doom-09
Rob Gronkowski, Thierry Henry dan Pete Hines pon main Doom!

Dalam open beta ini, korang akan berpeluang mencuba 2 buah mode multiplayer iaitu:

  • Team Deathmatch
  • Warpath (Menyerupai mode king of the hill)

Disamping itu, kedua mode ini bakal dimainkan pada 2 peta yang dikenali sebagai Heatwave dan Infernal.

doom-10Disamping itu, Bethesda mengumumkan pelan mereka untuk DLC Doom. Mulai 13 May, pemain boleh mendapatkan akses untuk DLC yang mengandungi:

  • 3 buah peta baru
  • Sebuah senjata baru
  • Satu watak demon yang boleh digunakan
  • Sebuah set armor
  • Sebuah equipment
  • Hack modules dan taunt yang baru
  • Corak dan warna baru untuk pengubahsuaian armor

DLC ini dijangka berharga sekitar RM 100.00 tetapi tiada nilai sebenar yang ditetapkan lagi.

doom-11DLC sebegini mempunyai sejarah yang negatif kerana ia memecah-belahkan komuniti kepada peta vanilla dan juga peta premium. Kita nantikan apa komen komuniti kelak.

Written by Hairi Sabri

Memulakan pengalaman gaming di Nintendo Game & Watch 'Parachute' dan kemudian di pelbagai platform seperti PC, PlayStation dan Xbox. Suka mencuba pelbagai genre dan idea baru dalam dunia gaming tetapi meminati RPG dan FPS khususnya.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Star Ocean 5: Integrity and Faithlessness: Nantikan Versi Bahasa Inggeris Jun ini!

Stories: The Path Of Destinies: Musang Jadi Hero RPG!